Monday, September 20, 2010

Komen terbaru DR.M tentang dinar emas

1. Izinkan saya jelaskan pandangan saya terhadap kegunaan dinar emas yang saya cadangkan.
2. Saya telah cadang dinar emas digunakan untuk dagangan antarabangsa sahaja. Saya tidak pernah cadang dinar emas diguna sebagai matawang mana-mana negara untuk kegunaan harian.
Tidak ada negara mana pun atas dunia ini termasuk Iran yang dicadangkan pada awalnya, mahu menggunakan dinar emas dalam dagagan antarabangsa. Idea ini hanya tinggal angan – angan kosong kerana tidak ada satu negara pun dalam PBB yang benar – benar merdeka dari ekonomi dollar , Euro dan hard currency yang lain. ( Wang Fiat)3. Walaupun harga emas lebih stabil daripada matawang, tetapi nilai emas juga bergerak. Semasa Perjanjian Brettonwoods satu auns emas bernilai $35 Dolar Amerika. Tetapi sekarang satu auns emas bernilai $1,300 Dolar Amerika. Ini bermakna nilai Dolar telah jatuh degan teruk. Namun untuk dagangan antarabangsa Dolar masih diguna.
3.Masalahnya ialah apabila emas diukur dengan dollar, sudah tentu nilai emas akan bergerak. Apabila dollar hanya dicetak ( wang fiat ) untuk mendapatkan emas. Emas sebenarnya tidak bergerak, 1 dinar tetap 4.25 gram, yang bermasalah sebenarnya dolar. Kenapa ketika masa yang sama mahu menggunakkan dinar dalam perdagagngan antarabangsa tetapi dollar masih mahu digunakan.
4. Jika satu syiling emas diberi nilai 1 Ringgit hari ini umpamanya dan kemudian nilai emas meningkat maka sudah tentu pemilik syiling emas tidak akan gunanya untuk membeli-belah dengan bernilai satu Ringgit. Mereka akan guna wang kertas 1 Ringgit. Syiling emas akan disimpan.
Ini menunjukkan bahawa RM dan dollar adalah serupa, kedua duanya wang fiat. Dirham Perak dan Fulus yakni wang kecil akan menyelesaikan masalah ini. Dirham Perak dan Fulus bukan idea Dr M.
5. Lama kelamaan semua dinar emas yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa akan hilang dari pasaran. Walau banyak mana sekali pun pihak berkuasa mengeluar dinar emas akhirnya akan habis emas yang disimpan. Inilah yang berlaku pada Amerika Syarikat yang pada satu masa memiliki 80 peratus daripada simpanan (reserve) emas dunia.Hanya orang Kaya yang akan menyembunyikan emas, orang – orang miskin akan terus menggunakan dinar, dirham dan fulus. Dinar, dirham dan fulus bukannya dimakan, ia hanya pengukur nilai. Allah swt menyebut dalam surah Al Hasyr ” Supaya harta tu tidak beredar dikalangan orang yang kaya sahaja dikalangan kamu ”
6. Mekanisma yang lain akan diguna untuk dagangan antarabangsa dengan dinar emas. Simpanan matawang emas tidak perlu dalam bentuk syiling tetapi sebagai bata atau jongkong emas yang nilai-nilai akan mengikut harga emas dalam pasaran.
7. Bayaran untuk dagangan akan dibuat oleh bank pusat setelah dihitung nilai eksport dan nilai import antara dua negara. Jika import melebihi eksport maka negara berkenaan akan bayar dengan nota kredit bersamaan jumlah nilai emas sebanyak kelebihan nilai import tolak nilai eksport.Dr M telah menyebut sebelumnya pada November 2008 :Bank Negara Malaysia pernah runding dengan sebuah negara lain dan penggunaan Dinar Emas memang boleh dilaksanakan. Tetapi entah kenapa Bank Negara Malaysia tidak dapat menjayakan sistem ini.
8. Jika pada bulan hadapan eksportnya ke negara berkenaan melebihi nilai import maka bayaran untuk kelebihan ini boleh dibuat dengan nota kredit bulan lepas.
9. Dengan cara ini tidak ada keperluan membayar dengan emas walaupun emas menentukan nilai barangan yang didagangkan. Hanya bayaran dibuat untuk lebih atau kurangnya eksport dengan import secara total dengan negara-negara berkenaan tiap bulan atau minggu. Jika nilai import adalah sama dengan eksport, bayaran tidak perlu dibuat. Ia menjadi dagangan secara barter (tukar barang).
10. Dengan menggunakan emas untuk menentukan nilai dagangan, Dolar Amerika yang jelas tidak stabil tidak perlu digunakan lagi. Permainan oleh penyangak matawang juga akan terhenti.
Kesimpulan :
Dr M hanya melihat dinar emas dalam perdagangan antarabangsa semata mata, beliau tidak nampak akan keperluan zakat, mahar dan hudud seperti yang disebut oleh Ibn Khaldun dalam Muqadimmahnya. Dirham dan fulus juga tidak ada dalam pemikiran beliau. Beliau melihat dinar emas hanya pada nilainya dalam RM atau Dollar. Bagi kita sebagai orang Islam , kita tidak peduli samada dinar emas itu emas atau tidak, jika ianya hanya ubi kentang sekali pun ia tetap perintah Allah swt.

No comments:

Post a Comment