Tuesday, August 31, 2010

HARGA EMAS PADA 1 SEPTEMBER 2010

SELAMAT MEMBELI DAN MEMAJAK EMAS ANDA....

HARGA EMAS HARI TERAKHIR BULAN OGOS

Inilah harga hari2 terakhir harga emas public gold... Setelah kejatuhan pada bulan tujuh... jadi bulan ogos dan seterusnyer adalah bulan2 kenaikan emas.... selamat membeli dan mencuba

Sunday, August 29, 2010

NEW FLYERS... UNCANG EMAS GROUP

EMAS PENGANTI DUIT RAYA

PUTRAJAYA 29 Ogos - Tradisi pemberian duit raya sempena Hari Raya Aidilfitri mungkin patut diubah kepada pemberian kepingan emas (gold bar) yang mampu memberi keuntungan pada masa akan datang.
Pengurus Besar Habib Jewels Sdn. Bhd. (Bahagian Jualan Persendirian), Gary Joseph berkata, pelaburan logam berkenaan amat menguntungkan dan sejak beberapa tahun kebelakangan ini harganya tidak pernah merosot.
"Lebih baik berikan kepingan emas berbanding wang tunai kerana ia boleh disimpan dan dijual pada bila-bila masa dengan harga yang lebih tinggi," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.
Menurut beliau, amalan ini telah diamalkan di kalangan kaum Cina yang memberikan angpow dalam bentuk kepingan emas.
Menurut Gary, Habib Jewels kini menawarkan pembelian kepingan emas yang berbeza dengan apa ditawarkan oleh bank di negara ini.
Syarikat itu membenarkan pembeli membawa pulang kepingan emas terbabit dan mereka boleh menggadainya semula di mana-mana kedai emas ataupun Ar-Rahnu bagi mendapatkan wang tunai.
"Kebanyakan bank tidak benarkan pelanggan bawa pulang emas terbabit, pelanggan beli dan hanya simpan resit pembelian atau buku bank, dan penjualan emas berkenaan hanya terhad kepada itu sahaja," katanya.
Tambah Gary, Habib Jewels menawarkan kepingan emas dengan berat minimum lima gram sehingga sekilogram.
Ia ditawar mengikut harga pasaran emas semasa dan ketika ini Habib Jewels menjual kepingan emas jenama Pamp Suisse pada harga sekitar RM145 segram.
Menurut Gary, emas adalah sumber pelaburan yang tidak pernah menghampakan pelaburnya untuk meraih keuntungan.
Katanya, walaupun harga emas ketika ini mengalami pembetulan namun ia masih stabil dan dijangka terus meningkat kira-kira lima peratus menjelang November ini.
"Ketika krisis ekonomi yang lalu, harga emas melonjak sehingga 30 peratus tetapi sekarang ia kian stabil dan mampu memberi pulangan pelaburan sekitar lima peratus hingga lapan peratus.
"Ini adalah masa terbaik untuk membeli emas sama ada emas fizikal ataupun barang kemas kerana harganya kompetitif namun mampu memberi pulangan pelaburan pada masa akan datang," ujarnya.
Apa yang menarik mengenai pelaburan emas, harganya akan naik mendadak didorong oleh beberapa faktor luaran yang negatif seperti ketidaktentuan ekonomi, kelembapan pasaran kewangan dan peningkatan harga minyak, jelasnya.
Tambah beliau, sekiranya, faktor-faktor ini menunjukkan trend positif, harga emas akan terus stabil tetapi ia belum pernah jatuh menjunam dan merugikan pelabur-pelaburnya.
"Apabila berlaku ketidaktentuan ekonomi terutama pasaran global, orang ramai akan mula membeli emas kerana mereka yakin harga emas tidak akan jatuh dan mereka tidak akan mengalami kerugian," katanya.
Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini, Habib Jewels mempromosikan kempen 'Rantaian Kasih' yang mana pelanggan boleh mendapat diskaun terbaik bagi barang-barang kemas yang dijualnya.
Pada tahun ini, Habib Jewels membuka ruang pameran di hadapan kedainya di pusat membeli belah Alamanda, Putrajaya selama sebulan bagi tujuan promosi 'Rantaian Kasih'.
Dijangkakan seramai 24,000 pelanggan akan mengunjungi ruang pameran berkenaan.
( PETIKAN DARI UTUSAN MALAYSIA )

Monday, August 23, 2010

BERITA TERKINI KEPADA MEREKA YG INGIN MEMAJAK EMAS..... Ar-Rahnu yang terbaik untuk emas pelaburan ialah Ar-Rahnu Agrobank :)

Salam 1Malaysia.. salam buat semua yg sudi melawat blog saya... disini ader berita yg mengembirakan kepada pemilik emas ... AGRO BANK (http://www.agrobank.com.my/ar-rahnu) telah memberi peluang kepada merekan yg ingin memajak emas berdasarkan harga semasa kerana sebelum ini mereka menentukan harga emas mengikut harga mereka sahaja walaupun harga emas semakin naik... untuk tahun 2010 AGRO Bank telah mengubah ketetapan harga emas...

Berikut adalah beberapa terma yang sangat menarik ( petikan dari Jutawanemas.com)

1. Margin pinjaman 70% walaupun ia adalah gadaian pertama anda.
2. Nilai emas yang tinggi bagi emas 999.9 (RM148.50 segram)
3. Margin pinjaman ditingkatkan daripada RM50,000 kepada RM150,000 seorang
4. Tempoh gadaian dipanjangkan kepada 6 bulan + 6 bulan + 6 bulan.
5. Promosi upah simpan adalah RM0.60 untuk RM100 nilai emas (bagi 70% pinjaman)

Huraian terperinci.

1. Margin pinjaman 70%  diberikan walaupun ia gadaian pertama.
Dahulu gadaian pertama cuma boleh dapat 60% daripada nilai emas, kali kedua gadai baru dapat 70%. Sekarang anda boleh memperolehi terus pinjaman maksima 70% daripada nilai emas walaupun pertama kali menggadai. Bagi saya, semakin tinggi nilai pinjaman, semakin besar peluang kita untuk menjana keuntungan dengan hasil pinjaman tersebut…


2. Nilai emas yang tinggi bagi emas 999.9 (RM148.50 segram).
Sebelum pengumuman terma baru ini, rate untuk emas 999.9 adalah RM126 /gram. Jadi, pada nilai ini anda cuma boleh meminjam sebanyak RM88.20 (70% daripada RM126) bagi setiap gram emas yang anda gadaikan. Dengan peningkatan nilai kepada RM148.80/gram maka kini anda boleh meminjam RM103.90 (70% daripada RM148.80) bagi setiap gram emas yang anda gadaikan. Rate ini akan berubah dari masa ke semasa mengikut harga emas semasa dunia.
p/s: Jika anda menggadaikan 100g emas 999.9, pada rate RM126/gram anda boleh meminjam RM8820.00. Pada rate 148.50/gram anda boleh meminjam sehingga RM10390.00 . Ini adalah perbezaan sebanyak RM1570.00. Banyak tu..


3.  Margin pinjaman ditingkatkan daripada RM50,000 kepada RM150,000
Sebelum ini, pinjaman maksima yang boleh diberikan oleh Ar-Rahnu Agrobank ialah RM50,000 (RM10,000 sehari x 5 hari). Sekarang kita boleh meminjam sehingga RM150,000 (RM50,000 sehari x 3 hari) Dengan kata lain anda boleh menukar 1.4 kilo emas kepada tunai di Ar-Rahnu Agrobank :)
p/s: Semakin tinggi nilai pinjaman maka semakin besar keuntungan yang boleh anda hasilkan dengan teknik manipulasi emas menggunakan kemudahan A-Rahnu. Contohnya pajak emas ketika harga emas turun untuk membeli lebih banyak emas. Jual apabila harga naik semula. Bagi peniaga emas Public Gold, ini memudahkan anda membuat buy back emas pelanggan anda
.

4. Tempoh gadaian yang lebih panjang iaitu 6 bulan + 6 bulan + 6 bulan.
Sebelum ini Ar-Ranhu Agrobank cuma memberikan tempoh gadaian 6 bulan + 3 bulan + 2 bulan (selepas 6 bulan sambung 3 bulan, lepas tu sambung 2 bulan). Sekarang anda boleh sambung kontrak gadaian kepada 6 bulan sambung lagi 6 bulan (jumlah semua 18 bulan)

5. Promosi – upah simpan hanyah RM0.60 untuk RM100 nilai emas (70% pinjaman)
Untuk 3 bulan bermula 16/8/2010 Agrobank memberikan rate upah simpan yang sangat menarik iaitu cuma 0.60 sen bagi setiap nilai marhum RM100 dan bagi pinjaman 70%. Jadi kalau nak dapat rate special nie kena pegi gadai dalam tempoh 3 bulan ini lah.
Biasanya kadar upah simpan adalah seperti berikut:


CARTA TAHUNAN HARGA EMAS 2001-2008

Carta diatas menunjukkan kenaikan Harga Pasaran Emas Dunia dari tahun 2001 hingga 2008..... Daripada carta diatas kita dapat lihat bahawa harga emas pada penghujung tahun 2001 tidak akan rendah daripada harga pemulaan tahun 2001 dan juga untuk tahun2 seterusnya, dimana harga emas akan sentiasa naik dan naik. Oleh itu pelaburan emas merupakan satu pelaburan yg akan memberi pulangan yang tinggi kerana purat kenaikan setahun adalah melebihi 20% dan semakin lamer kita menyimpan emas semakin bernilai emas itu. Bagaimana kita menjan pendapatan dan keuntungan daripada emas yg  kita miliki akan memberi kelebihan kpd pemilik emas . Bagaimana kita menjana pendapatan daripada emas yg kita milik... Ingin tahu boleh hubungi saya.KHAIRULZAMAN... ditalian 019-7718153.... kepada yang berminat dan yg ingin mengetahuinyer.....

Wednesday, August 18, 2010

PENERIMAAN DINAR dan DIRHAM OLEH KELANTAN


KOTA BHARU 12 Ogos – Kerajaan Pas Kelantan hari ini melancarkan mata wang syariah dinar dan dirham Kelantan yang digunakan sebagai alternatif kepada mata wang sedia ada. Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, mata wang syariah tersebut boleh digunakan di kira-kira 1,000 buah kedai dan restoran di sekitar bandar ini untuk transaksi perniagaan. Beliau berkata, penggunaan dinar dan dirham sebagai alternatif kepada Ringgit Malaysia (RM) tidak bertentangan dengan undang-undang dan ia dirangka mengikut peruntukan peraturan yang disediakan oleh Bank Negara. “Mata wang syariah ini hanya pilihan kepada orang ramai untuk menggunakannya, tetapi ia juga untuk menunjukkan kepada dunia bahawa Islam mempunyai mata wang sendiri untuk perdagangan. “Sejarah juga membuktikan bahawa dinar emas dan dirham perak tidak akan terjejas dengan inflasi sehingga menjejaskan ekonomi negara.”Sebagai contoh, pada zaman Rasulullah SAW, harga seekor ayam kira-kira RM13, lebih kurang harga seekor ayam pada masa sekarang,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan mata wang syariah, dinar dan dirham di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di sini hari ini. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd., Prof. Dr. Umar Ibrahim Vadillo; Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah. Nik Abdul Aziz berkata, sebagai simbolik pelancaran mata wang syariah itu, gaji CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) akan dibayar dengan menggunakan emas dinar. “Buat masa sekarang kita belum ada perancangan untuk membayar gaji kakitangan awam dengan mata wang syariah tetapi saya amat bersetuju sekiranya usaha ke arah itu dibuat sekarang. “Bermula tahun ini, orang ramai boleh membayar zakat dengan dinar emas dan dirham perak, sebelum ini kita tidak ada kesempatan kerana ia belum dilaksanakan lagi,” katanya. Sementara itu, Husam berkata, pengeluaran dinar dan dirham Kelantan mengikut standard piawai yang ditetapkan oleh Pengeluar Syiling Dunia Islam (Wolrd Islamic Mint). “Dalam Islam standard telah dibuat oleh Saidina Umar iaitu satu dinar emas 22 karat iaitu 4.5 gram kenapa 22 karat bukannya 24 karat sebab ia wang yang digunakan setiap hari untuk tahan lasak dia akan tambah logam lain tetapi berat masih 4.5 gram, bagi dirham pula tujuh dirham bersamaan dengan satu dinar. “Pengeluaran kita sebanyak RM2 juta sebelum ini telah habis dan kita akan mencetak setiap hari bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat,” katanya.
Petikan dari – Utusan Malaysia .

JANGKAAN KENAIKAN HARGA EMAS PADA BULAN OGOS

Salam ramadhan kepada semua..... bulan 8 kiter semua menyambut bulan mulia.... dan harga emas dijangkakan semanik naik & naik..... kerana bulan 7 berlaku kejatuhan harga emas.... kepada sesiapa yg ingin membeli digalakkan membeli sekarang sebelum harga emas semakin menaik.... .. kepada mereka yg telah membeli ketika bulan 7... akan merase keuntungannyer tanpa diduga... dan penghujung bulan 8 dan bulan 9  merupakan bulan yg bagus untuk membuat pusingan pajakan yg telah dibuat pada bulan 7..kerana harga semakin naik setiap 1grm emas.... jadi jika nilai berat emas anda pajak pada bulan 7 banyak...keuntungan anda akan banyak juga...kalau sedikit.... mayber kenalah tunggu utk bulan 10...... caranyer.... ...anda pajak satu dinar.... selepas itu anda tebus pajakan yg bulan 7...... bila dah tebus anda boleh simpan lebihan hasil pajakan tu.... sebagai modal belanja atau untuk simpanan anda.... dan ulang proses seterusnyer sampailah semua pajakan anda pada bulan 7 ditebus... ini bagi yg tidak mampu menebus semuanyer.... kalau mampu boleh tebus semuanyer...n pajak semula...dan anda akan dapati... jumlah semua pajakan anda akan melebihi pajakan pada bulan 7..hehehhe... selamat mencube...kerana saya pun nak melakukannyer....

HARGA EMAS MINGGU KE-TIGA

Thursday, August 5, 2010

Bank Negara Malaysia... & Malaysia Book of Records

DINAR EMAS

Dinar adalah syiling emas. Ia diperbuat daripada emas 22 karat (916) serta mempunyai berat 4.25 gram. Spesifikasi ini telah ditetapkan oleh Khalifah Umar Al-Khattab.
Dirham pula ialah syiling perak berketulenan 999 dan mempunyai berat sebanyak 3 gram.
Khalifah Umar Al-Khattab juga telah menetapkan piawaian berat dan ukuran perbezaan di antara dinar dan dirham seperti berikut.
‘7 dinar mesti bersamaan 10 dirham (dari segi beratnya)’
 

Penggunaan Dinar Emas

Penggunaan Dinar Emas PDF Cetak Emel
Dinar boleh digunakan sebagai:
1. Penyimpan kekayaan
2. Untuk membayar zakat
3. Untuk membayar mas kahwin
4. Sebagai hadiah
5. Sebagai medium pertukaran yang sah bagi urusan jual beli.
publicdinar1_clip_image001_0001.gif
Dinar sebagai penyimpan kekayaan.
Masyarakat di seluruh dunia mengiktiraf emas sebagai simbol kekayaan, kekuasaan dan kecantikan. Emas mempunyai nilai intrinsiknya yang tersendiri dan nilainya tidak mungkin menjadi sifar. Selain itu, sifatnya yang cantik, sukar ditemui dan unik menyebabkan manusia menghargai emas.
Sejarah membuktikan bahawa emas merupakan penyimpan nilai terunggul apabila wang kertas mengalami kemerosotan nilai.
Dengan menyimpan sebahagian daripada aset anda di dalam bentuk emas, anda mempunyai insurans untuk melindungi kekayaan anda.
 
publicdinar1_clip_image007.jpg
Untuk membayar zakat.
Sejak awal lagi, zakat dibayar menggunakan dinar dan dirham. Pembayaran zakat tidak pernah menggunakan wang kertas sehinggalah kejatuhan kerajaan Uthmaniyah.
Ini kerana zakat perlu dibayar menggunakan aset yang nyata, di dalam Bahasa Arab dipanggil "ain". Zakat tidak boleh dibayar dengan janji untuk membayar (atau hutang, di dalam bahasa Arab dipanggil "dayn".
Dinar dan dirham adalah termasuk dalam kategori 'ain' manakala wang kertas pula termasuk di dalam kategori 'dayn'.
Wang kertas dipanggil 'fulus' kerana ia hanya mewakili wang dan ia tidak mempunyai nilai sebagai barangan.
Oleh yang demikian, adalah penting bagi umat Islam untuk beralih kepada dinar dan dirham sebagai medium pembayaran zakat.
Sumber:
1. http://www.mezquitadegranada.com/zakat/index.html   
 
publicdinar1_clip_image009.jpg
Untuk membayar mas kahwin.
Mas kahwin ialah dibayar oleh seorang suami kepada bakal isterinya. Ianya dibayar kepada isteri sebagai tanda menghormatinya dan juga menunjukkan kesungguhan mengahwininya seta tidak sewenang-wenangnya memasuki kontrak perkahwinan tanpa rasa tanggungjawab di pihaknya.
Di Malaysia misalnya, salah seorang artis popular yang menggunakan dinar sebagai mas kahwin ialah M Nasir ketika berkahwin dengan Marlia Musa. Mas kahwin mereka ialah 13 dinar.
Maklumat lanjut boleh diperoleh di sini:
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0903&pub=utusan_malaysia&sec=hiburan&pg=et_02.htm&arc=hive&arc=hive   
 
publicdinar1_clip_image011.jpg
Dinar sebagai hadiah.
Memandangkan emas mempunyai sifat cantik, sukar diperoleh dan mempunyai nilai intrinsiknya yang tersendiri, ia amat sesuai diberikan sebagai hadiah. Ini kerana emas begitu dihargai oleh manusia. Sebab itu kita boleh lihat generasi tua mewariskan barangan kemas kepada generasi muda, contohnya subang, rantai, gelang cincin dan sebagainya.
publicdinar1_clip_image013.jpg
Sebagai medium pertukaran yang sah bagi urusan jual beli.
Emas ialah wang yang terunggul. Kenapa? Kerana ia memenuhi ciri-ciri sebagai wang. Ianya sukar diperoleh, cantik, mudah dibahagikan, mudah dibawa, diterima oleh seluruh manusia dan tidak boleh dimusnahkan.
Sejak 3000 tahun emas telah digunakan sebagai wang oleh manusia (syiling emas pertama ditempa di Lydia kira-kira 700 tahun SM). Fungsi emas yang utama telah dikenal pasti sebagai medium pertukaran yang unggul. Sejarah wang kertas dan logam murah yang tidak disandarkan kepada emas dan perak cuma bermula kira-kira 4o tahun (1970 sehingga sekarang)
Sumber:
1. http://www.the-privateer.com/gold1.html
2.  http://en.wikipedia.org/wiki/History_of_money
3.  http://www.onlygold.com/tutorialpages/HistoryFS.htm  

Wednesday, August 4, 2010

Mengapa?!!!!!..... Bagaimana?????!!!!!1

1. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
—————————————————-——–
Sejak dari dulu lagi emas menjadi simbol kekayaan hinggalah zaman sekarang. Selain itu juga emas tidak boleh dibinasakan. Sesuatu benda yang menjadi penyimpan kekayaan mestilah mempunyai sifat tidak boleh dibinasakan. Sebab itu makanan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan tidak boleh menjadi penyimpan kekayaan. Ini kerana di dalam jangka masa panjang kesemua benda tersebut akan binasa.
Sesuatu benda yang boleh dibinasakan dengan mudah tidak boleh
menjadi penyimpan kekayaan yang terunggul.

2. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
—————————————————————–—————————–
Sejak 10 tahun yang lalu harga emas telah mula meningkat. Siapa
yang simpan emas sejak masa itu, memang menguntungkan!
Purata kenaikan harga emas adalah sekitar 27% setahun. Siapa nak
bagi anda untung setinggi ini? ASB jika tinggi pun, anda akan dapat 12% setahun. Yang mana satu lebih untung?
Jika anda kawin pada tahun 2001, barang kemas 916 dibeli pada harga RM50 segram. Pada hari ini, emas 916 mencecah harga RM122 segram!!

3. Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
—————————————————————–——————————-
Senang saja. Sebagai contoh, pada tahun 1980an, kebanyakan pelajar sekolah membawa antara 20 sen dan 30 sen sebagai duit poket. Duit tersebut cukup untuk membeli nasi dan air minum. Bagaimana dengan sekarang – tahun 2009? RM 5 sehari pun tidak cukup..

4. Aset yang terunggul
————————————
Tidak ada aset lain yang boleh menandingi kecairan emas. Ia bukan sahaja boleh dicairkan di Malaysia tetapi boleh dicairkan di seluruh dunia. Katakanlah negara kita dilanda peperangan. Kita lari dengan membawa emas ke negara lain. Ianya boleh ditukarkan kepada wang kertas negara itu. Dan dengan emas itu, kita mampu hidup di negara tersebut. Lain pula jika kita membawa wang kertas kita, adakah ianya laku di negara lain? Ibarat ‘wang kertas Iraq’ yang sama sekali tidak bernilai akibat peperangan.

5. Ia tidak boleh dimanipulasikan
—————————————————
Emas sukar diperoleh dan tidak boleh dicipta. Jadi, ia tidak boleh dimanipulasikan. Kuantitinya tidak boleh ditambah dengan mudah. Ini menyebabkan emas sentiasa bernilai.
Ini berbeza sekali dengan wang kertas. Ia boleh dicetak sesuka hati oleh pemerintah. Jika jumlah cetakan terlalu tinggi, maka nilainya akan menurun. Rm 1 juta hari ini tidak akan bernilai RM1 juta lagi pada 5 tahun akan datang.

from : uncangemas.net,
impianemas999.blogspot.com
,penditaemas999.blogspot.com
Petikan dari : malaysiakuboleh.wordpress.com

HARGA EMAS PADA MINGGU PERTAMA BULAN OGOS


RENUNG-RENUNGKAN

DISINI ADER SEDIKIT PERTANYAAN... PERNAH DENGAR TAK?? BELI SATU barang DAPAT SATU lagi?? Contohnyer... anda beli Handphone adakah anda akan dapat Handphone yg satu lagi tanpe mengeluarkan duit yg samer nilai dengan HP yg anda inginkan.....
TETAPI kalau anda beli emas anda akan dapat beli emas lagi atau aper2 barangan yg anda inginkn.... pikir2kanlah..kalau aper yg aku cakap ini salah  atau betul ker???...... terpulang pada anda...???.
CONTOH-contoh yg lainlah..... anda beli kereta dan anda ingin menjualnyer semula... selepas beberaper tahun.... adakah harga kereta anda akan meningkat .... ??? tidak bukan...malah akan susut harganyer... tetapi...kalau anda beli emas... dan anda simpan untuk beberapa tahun....harganyer akan meningkat... jadi pikirkanlah... maner yg anda inginkan.....

DISEBALIK LANGKAH PERTAMA....

SEBELUM ku memulakan langkah pertama aku dalam perlaburan emas dan ASB... aku hanyer mendengar sahaja citer ini dari pakar2 pelaburan emas yg sama tempat keje dengan aku.... Perkenalan aku bermula apabila En.Azlan ditawarkan bekerja di tempat aku bekerja.... kerana dia telah lamer menceburi pelaburan emas dan ASB... keitka itu aku baru mendapat gaji pertama aku yg ditangguhkn selama 2 bulan,....biasalah keje dgn kerajaan..gaji pertama akan dikumpulkn pada bulan ke-2 atau ke-3.... so ketika aku mendapat gaji pertama aku... citer tentang pelaburan emas dan ASB aku belum dapat tahu dari En.Azlan.... selepas aku membelanjakan duit gaji aku membeli Labtop baru dan sebagainyer...barulah aku tahu tentang semua ini PELABURAN EMAS dan ASB... Selepas itu aku berasa bertapa ruginyer..... kerana lambat mendapat citer tentang ini semua..... selama beberapa bulan aku menangguhkan LANGKAH PERTAMA aku sebelum aku memulakan LANGKAH PERTAMA..... Semua duit gaji aku tanpa aku ader memiliki aset untuk maser depan... Dan selepas itu aku pun memulakan langkah pertama dengan membuat pelaburan dalam ASB......... pada bulan Mei dan aku kira beruntung lagi kerana ketika itu adalah hari terakhir kadar BLR dari MAYBANK....kerana keesokkannyer BLR sudah dinaikkan dan aku tanpa menunggu maser terus bersetuju membuat pelaburan dalam ASB.... dan ini aset yg aku cuber miliki untuk 25 tahun akan datang...org2 tua kata aset2 utk dihari tua...hehehehe.... dan PELABURAN EMAS aku juga mulakan Pada Bulan JULAI....dan nasib aku ketika itu agak baik kerana bulan itu bulan kejatuhan agar emas dari bulan sebelumnyer.... dan aku pun berjaya memiliki DINAR emas aku yg pertama...dan juga yg seterusnyer.... dan aku akan terus memiliki DINAR emas ini walaupun harganyer akan naik pada BULAN OGOS... kerana aku tahu dan yakin harga emas akan naik dan naik dan naik.... dan yg penting Beli emas dapat duit@emas juga@aper2 yg kiter inginkan.... kalau anda tak percaya cuberlah mulakan LANGKAH PERTAMA seperti aku dan anda akan merasainyer,,,... Pelaburan Emas ini bukan untuk mendapat keuntungan jangka masa pendek....ini untuk masa depan dan dalam keaadaan kiter terdesak utk mengunakan duit sementara menanti gaji yg seterusnye.... kalau anda ingin.... dan berminat boleh berjumper dengan SIFU2 aku yg banyak terlibat dalam pelaburan EMAS dan ASB

LANGKAH PERTAMA.....

Disini aku ingin berkongsi citer aku... walaupun aku bermula agak lambat selepas aku mendengar tentang pelaburan emas,pajakan,Simpanan ASB...... Walaupun aku bermula agak lambat tetapi aku sudah memulakan langkahan yg pertama...memBELI pembeli  1DINAR aku yg pertama.... selepas itu aku menambahkan lagi bilangan DINAR aku kepada 4 untuk bulan pertama aku. Dan aku pun telah membuat tempahan@lock DINAR aku sebanyak 4 keping 1DINAR untuk bulan kedua aku....heheheeee...

SALAM PERKENALAN

SALAM..kepada semua yang sudi mengikuti perkembangan Blog impianEmas999 ini..... Tujuan aku menulis Blog ini untuk berkongsi sedikit tentang aper yg aku sedang lakukan untuk jangka masa panjang dan sebahagian dari perancangan untuk masa depan aku,anda,dan semua yg ingin mencari sesuatu yg boleh dijadikan sebagai aset...