Wednesday, August 18, 2010

PENERIMAAN DINAR dan DIRHAM OLEH KELANTAN


KOTA BHARU 12 Ogos – Kerajaan Pas Kelantan hari ini melancarkan mata wang syariah dinar dan dirham Kelantan yang digunakan sebagai alternatif kepada mata wang sedia ada. Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, mata wang syariah tersebut boleh digunakan di kira-kira 1,000 buah kedai dan restoran di sekitar bandar ini untuk transaksi perniagaan. Beliau berkata, penggunaan dinar dan dirham sebagai alternatif kepada Ringgit Malaysia (RM) tidak bertentangan dengan undang-undang dan ia dirangka mengikut peruntukan peraturan yang disediakan oleh Bank Negara. “Mata wang syariah ini hanya pilihan kepada orang ramai untuk menggunakannya, tetapi ia juga untuk menunjukkan kepada dunia bahawa Islam mempunyai mata wang sendiri untuk perdagangan. “Sejarah juga membuktikan bahawa dinar emas dan dirham perak tidak akan terjejas dengan inflasi sehingga menjejaskan ekonomi negara.”Sebagai contoh, pada zaman Rasulullah SAW, harga seekor ayam kira-kira RM13, lebih kurang harga seekor ayam pada masa sekarang,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan mata wang syariah, dinar dan dirham di Pusat Dagangan Kelantan (KTC) di sini hari ini. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kelantan Golden Trade Sdn. Bhd., Prof. Dr. Umar Ibrahim Vadillo; Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah. Nik Abdul Aziz berkata, sebagai simbolik pelancaran mata wang syariah itu, gaji CEO Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) akan dibayar dengan menggunakan emas dinar. “Buat masa sekarang kita belum ada perancangan untuk membayar gaji kakitangan awam dengan mata wang syariah tetapi saya amat bersetuju sekiranya usaha ke arah itu dibuat sekarang. “Bermula tahun ini, orang ramai boleh membayar zakat dengan dinar emas dan dirham perak, sebelum ini kita tidak ada kesempatan kerana ia belum dilaksanakan lagi,” katanya. Sementara itu, Husam berkata, pengeluaran dinar dan dirham Kelantan mengikut standard piawai yang ditetapkan oleh Pengeluar Syiling Dunia Islam (Wolrd Islamic Mint). “Dalam Islam standard telah dibuat oleh Saidina Umar iaitu satu dinar emas 22 karat iaitu 4.5 gram kenapa 22 karat bukannya 24 karat sebab ia wang yang digunakan setiap hari untuk tahan lasak dia akan tambah logam lain tetapi berat masih 4.5 gram, bagi dirham pula tujuh dirham bersamaan dengan satu dinar. “Pengeluaran kita sebanyak RM2 juta sebelum ini telah habis dan kita akan mencetak setiap hari bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat,” katanya.
Petikan dari – Utusan Malaysia .

JANGKAAN KENAIKAN HARGA EMAS PADA BULAN OGOS

Salam ramadhan kepada semua..... bulan 8 kiter semua menyambut bulan mulia.... dan harga emas dijangkakan semanik naik & naik..... kerana bulan 7 berlaku kejatuhan harga emas.... kepada sesiapa yg ingin membeli digalakkan membeli sekarang sebelum harga emas semakin menaik.... .. kepada mereka yg telah membeli ketika bulan 7... akan merase keuntungannyer tanpa diduga... dan penghujung bulan 8 dan bulan 9  merupakan bulan yg bagus untuk membuat pusingan pajakan yg telah dibuat pada bulan 7..kerana harga semakin naik setiap 1grm emas.... jadi jika nilai berat emas anda pajak pada bulan 7 banyak...keuntungan anda akan banyak juga...kalau sedikit.... mayber kenalah tunggu utk bulan 10...... caranyer.... ...anda pajak satu dinar.... selepas itu anda tebus pajakan yg bulan 7...... bila dah tebus anda boleh simpan lebihan hasil pajakan tu.... sebagai modal belanja atau untuk simpanan anda.... dan ulang proses seterusnyer sampailah semua pajakan anda pada bulan 7 ditebus... ini bagi yg tidak mampu menebus semuanyer.... kalau mampu boleh tebus semuanyer...n pajak semula...dan anda akan dapati... jumlah semua pajakan anda akan melebihi pajakan pada bulan 7..hehehhe... selamat mencube...kerana saya pun nak melakukannyer....

HARGA EMAS MINGGU KE-TIGA