Wednesday, September 29, 2010

2 + 1 = 4 = SETAHUN


Salam Sejahtera Kepada Pembaca Semua.

1.Tajuk 2+1=4 adalah satu cara atau teknik yang boleh digunakan bagi mereka yang ingin membeli dan melabur dalam Emas.
2.Cara ini dicadangkan bagi mereka yang memulakan pelaburan Emas ni dengan cara berdikit-dikit atau kecil-kecilan.
3.Caranya ialah:-
a-Beli 2 Ketul 20Gram Jongkong Emas Public Gold melalui Agen anda.
b-Kemudian Buat Gadaian/Pajakan 2 Ketul 20Gram Jongkong Emas yang anda beli tadi
di Agro Bank atau Koperasi(KPMJ).
Contohnya - 20Gram x 2Ketul = RM5840 (Nilai Marhum).
RM5840 x 65% = RM3796 (Nilai Gadaian/Pajakan)
c-Kemudian,dengan menggunakan duit dari hasil gadaian/pajakan tadi iaitu RM3796
anda beli lagi 1 Ketul 20Gram Jongkong Emas Public Gold dengan harga RM2900.
Lebihan duit dari pembelian ini anda simpan dalam ASB dan Emas tu anda simpan
Selama mungkin...huhu.
4.Ok...last sekali anda gunakan pendapatan dari Gaji atau perniagaan anda untuk menebus 2 Ketul 20Gram anda yang mula-mula tadi,samaada secara ansuran atau sekaligus.

#Jika Step 1 hingga 4 telah anda realitikan maknanya anda telah ada 3 Ketul 20Gram Jongkong Emas.2 Ketul dari duit anda dan 1 Ketul untung Bersih....

#Apa yang perlu anda buat ialah hanya ulangi langkah di atas untuk mengumpul dan menjana Untung semaksimum mungkin.

Selamat Mencuba...Sekian.

Sumber: http://mygoldbiz.blogspot.com/