Wednesday, December 15, 2010

Dr Mahathir Galak Rakyat Jadikan Emas Sebagai Simpanan


KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa orang ramai cuba menyimpan emas sebagai simpanan mereka berbanding mata wang kerana nilai emas lebih terjamin dan sukar untuk jatuh dengan nilai besar.

Bekas Perdana Menteri itu berkata nilai mata wang tidak terjamin kerana ia bergantung kepada pasaran tukaran mata wang dunia yang sentiasa berubah-ubah.

Menurut beliau, ada kalanya nilai mata wang akan jatuh dengan teruk apabila berlaku sesuatu krisis kewangan di sesebuah negara.

"Mata wang hanyalah sehelai kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu tetapi bukan nilai sebenar namun emas boleh mewakili nilai sebenar kerana ia sebuah logam berharga di seluruh dunia,"

"Simpanan emas juga lebih terjamin jika ingin menjualnya kerana harganya sentiasa meningkat dan ia boleh membantu orang ramai menghadapi inflasi," katanya kepada pemberita selepas melancarkan produk emas Geneva Malaysia di sini malam ini.

Produk emas itu terdiri daripada jongkong pelbagai berat dihasilkan oleh Persatuan Persahabatan Malaysia-Arab Saudi (MSAF) dan Persatuan Usahawan Jongkong Emas Malaysia (GBEAM) yang dikeluarkan untuk memenuhi keperluan syariah.

MSAF dan GBEAM menyasarkan syarikat swasta dan orang ramai untuk mendapatkan produk berkenaan sebagai urusan dalam pelbagai transaksi terutamanya jualan dan belian.

Dr Mahathir berkata satu ketika dahulu, satu auns emas bernilai RM109.79 tetapi kini satu auns emas bernilai kira-kira RM4390.40.

Beliau berkata orang ramai boleh menyimpan emas dalam bentuk barang kemas yang mudah didapati di seluruh negara dan ia mampu untuk dimiliki.

-- BERNAMA

Sudah Tiba Masanya Perdagangan Beralih Kepada Penggunaan Dinar Emas, Dr Mahathir


LANGKAWI, 15 Dis (Bernama) -- Perdagangan pada peringkat antarabangsa kini sepatutnya sudah beralih kepada penggunaan dinar emas berikutan nilai dolar US yang semakin merosot, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya nilai emas tidak mudah turun menyebabkan nilainya lebih sesuai digunakan pada peringkat antarabangsa berbanding penggunaan dolar Amerika ketika ini.

"Sebelum ini, US$35 bersamaan satu aun emas. Hari ini, satu aun emas bersamaan US$1,400. Ini bermakna dolar US sudah merosot. Inilah masalah yang dihadapi oleh mata wang fiat...nilainya merosot dengan pantas dan banyak tetapi emas tidak susut nilai sedemikian. Jadi, apabila anda membeli dan menjual menggunakan dinar emas, anda mendapat nilai sebenarnya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Persidangan Kewangan dan Ekonomi Islam Langkawi Ke-dua (2LIFE) yang berakhir pada hari Rabu.

"Ini tidak bermakna kita perlu membawa emas dan membuat pembayaran dagangan berasaskan nilai emas yang boleh dilakukan melalui transaksi lain," katanya.

Mengenai penggunaan dinar emas di Kelantan, beliau berkata keadaan ketika ini tidak sesuai untuk menggunakan emas sebagai mata wang tetapi lebih sesuai digunakan untuk perdagangan import dan eksport.

Mengenai sistem kewangan Islam, Dr Mahathir berkata ia sepatutnya digunakan untuk membantu negara-negara Islam yang miskin supaya sehingga semua negara tidak lagi miskin.

"Ada negara Islam kaya dan ada yang miskin. Patut ada imbangan. Kita gunakan kewangan Islam kita untuk menabur kepada negara yang miskin. Guna pasaran Islam yang baik...mereka jadi kaya," katanya.

Katanya apa yang penting sistem Islam itu berkembang dengan sendiri dan negara-negara Islam menggunakannya untuk manfaat negara-negara Islam.

"Kewangan Islam akan menjadi (berkesan) bila kita berjaya. Sekarang ini kita lihat orang bukan Islam pun gunakan perbankan Islam...sukuk semua tu. Kewangan Islam ini penting."

"Kalau tak faham selok belok bank dan cara nak bayar hutang, kita takkan dapat manfaat sepenuhnya," katanya.

Tuesday, November 9, 2010

HARGA EMAS SEKITAR AWAL NOVEMBER,,,,,

Inilah harga emas PublicGold dan Dinar sekitar 1400/OZ......  Jom kite lihat harganye....





Wednesday, October 6, 2010

Mari Kita Lihat & Renung-renungkn Bersama


Salam, melihat harga emas yang menunjukkan peningkatan secara mendadak pada awal bulan 10 ini, berbagai ragam yang dapat saya lihat dari pelabur pelabur emas.kita lihat kategori orang di bawah:
1. orang yang tidak melabur dalam emas.
– tidak tahu menahu pun tentang kenaikan harga emas( Paling rugi)
2. Orang yang dah tahu tentang pelaburan emas.
– dah tahu tapi tidak membeli emas ( sangat rugi)
3. orang yang dah membeli emas secara berdikit.
– Kalau aku tahu harga emas naik banyak macam ni, aku beli banyak-banyak.( Rugi banyak )
4. Orang yang dah membeli emas
-kalau aku tahu dulu aku beli berpuluh ribu.( rugi sikit )
5. orang yang membeli emas + ejen emas
– sebab aku tahu la aku buat macam ini( berbaloi-baloi )
Kesimpulannya:
Orang tamak selalu untung………..anda bagaimana?

Pelancaran E-BOOK Pelaburan Emas Oleh UncangEmas Group

Assalamualaikaum dan Selamat Sejahtera.

E-Book baru dari uncangemas group telah berjaya dilancarkan.Kepada para pembaca,peniaga,pelabur
dan bakal pelabur emas yang ingin mendapatkan salinan E-Book ini,boleh menghubungi saya
di talian HP-019-7718153.




Sekian Terima Kasih

Wednesday, September 29, 2010

2 + 1 = 4 = SETAHUN


Salam Sejahtera Kepada Pembaca Semua.

1.Tajuk 2+1=4 adalah satu cara atau teknik yang boleh digunakan bagi mereka yang ingin membeli dan melabur dalam Emas.
2.Cara ini dicadangkan bagi mereka yang memulakan pelaburan Emas ni dengan cara berdikit-dikit atau kecil-kecilan.
3.Caranya ialah:-
a-Beli 2 Ketul 20Gram Jongkong Emas Public Gold melalui Agen anda.
b-Kemudian Buat Gadaian/Pajakan 2 Ketul 20Gram Jongkong Emas yang anda beli tadi
di Agro Bank atau Koperasi(KPMJ).
Contohnya - 20Gram x 2Ketul = RM5840 (Nilai Marhum).
RM5840 x 65% = RM3796 (Nilai Gadaian/Pajakan)
c-Kemudian,dengan menggunakan duit dari hasil gadaian/pajakan tadi iaitu RM3796
anda beli lagi 1 Ketul 20Gram Jongkong Emas Public Gold dengan harga RM2900.
Lebihan duit dari pembelian ini anda simpan dalam ASB dan Emas tu anda simpan
Selama mungkin...huhu.
4.Ok...last sekali anda gunakan pendapatan dari Gaji atau perniagaan anda untuk menebus 2 Ketul 20Gram anda yang mula-mula tadi,samaada secara ansuran atau sekaligus.

#Jika Step 1 hingga 4 telah anda realitikan maknanya anda telah ada 3 Ketul 20Gram Jongkong Emas.2 Ketul dari duit anda dan 1 Ketul untung Bersih....

#Apa yang perlu anda buat ialah hanya ulangi langkah di atas untuk mengumpul dan menjana Untung semaksimum mungkin.

Selamat Mencuba...Sekian.

Sumber: http://mygoldbiz.blogspot.com/

Tuesday, September 28, 2010

Berapa kah Harga Produk Public Gold jika ramalan dibawah menjadi kenyataan

Salam kembali kepada semua pelabur2 emas.... Table harga dibawah adlah ketika harga pasaran emas dunia berada pada 1308/Oz....  Harga adlah seperti dibawah....
Bagaimana pula jika artikel dibawah menjadi kenyataan... marilah kita bayangkan dan membuat persediaan kepada mereka yg mempunya kemampuan modal.....



Monday, September 20, 2010

Konsep Perniagaan Public Gold

Artikel disumbang oleh NIZAM AZWADI B. ALI
Salam.
Pada entry kali ini, saya cuba menerangkan beberapa salahfaham tentang perniagaan emas Public Gold yg sering ditanya kpd saya. 

1-Emas public Gold, adalah berbentuk fizikal, boleh dipegang dan dilihat. Pembeli membeli emas berkenaan dan membawa pulang. Bukannya jual beli hanya di atas kertas macam Maybank atau pun Public Bank. Sama juga seperti beli emas di kedai emas, anda bayar duit, anda dapat emasnya. Bezanya dengan kedai emas, bentuk emasnya bukanlah barang kemas, tetapi emas Public Gold adalah berbentuk bar/jongkong/syiling.  

2-CASH AND CARRY. Sebarang urusan belian dan jualan dilakukan secara cash and carry. Apabila persetujuan harga dicapai, pembeli sudah ada cash, tetapkan tempat pertemuan. Namun begitu, adalah tidak menjadi kesalahan jika pembeli ingin bank in duit terlebih dahulu jika ada kepercayaan.  

3-BUKAN SKIM PELABURAN CEPAT KAYA. Perniagaan emas Public Gold, hanyalah berkonsepkan jual beli yang biasa, anda beli, kami (ejen) menjualkan kepada anda. Bukannya seperti skim2 pelaburan yang menjanjikan pulangan sekian sekian berasaskan modal anda. Pembeli emas Public Gold hanya akan mendapat keuntungan apabila adanya kenaikan harga emas, jika ingin menjual semula. 

4-Ejen-ejen (dealer) Public Gold wajib ambil jika pelanggan ingin menjual semula emas-emas yang telah dibeli. Harga yang ditetapkan, adalah harga “buying” semasa di website public gold (KOLUM WE BUY). Jika ada ejen yang tidak dapat beli balik, kemungkinan besar disebabkan ejen berkenaan tidak cukup modal, maka anda dinasihatkan mencari ejen2 yg benar2 bereputasi tinggi macam kami.
    ok, sekian dulu untuk kali ini. Selamat membeli-menjual-melabur, bukan Melebur. Terima Kasih.

    Bisnes Jual Beli Emas....???? Bagaimana hendak dimulakan....

    1. Dalami dulu ilmu emas. Tanpa ilmu kita akan sesat. Jangan Tamak. Jangan fikir nak kaya cepat. Tiada jalan pintas untuk jadi kaya. Niaga emas ni kena jujur, amanah dan berhemat. Emas ni sejenis logam yang diperlihara oleh Allah Taala.
    2. Buat analisa pergerakkan harga emas.
    3. Pilih kaedah terbaik untuk menjalankan bisnes emas ini.
    4. Sediakan bajet yang terbaik. Lagi besar bajet lagi bagus untuk membolehkan kita memperolehi stok yang banyak pada harga yang terbaik.
    5. Sentiasa memantau turun-naik harga emas dan graf yang telah disediakan. Jika tidak keberatan, catat maklumat yang perlu.
    6. Kita ada 3 pilihan dan ketiga-tiga pilihan mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.
    7. Pilihan 1 - Kita beli, kita simpan (jadikan aset tetap) - paling disyorkan. Kita jual balik bila cukup tempoh setahun dan ke atas. Atau pun kita nak simpan buat selama-lamanya, yg tu terpulang kepada pembeli. Sudah masanya kita tukar mind set kita daripada simpan duit dalam bank kepada simpan emas dalam bank. Insyaallah untungnya jauh lebih tinggi, malah amat-amat tinggi jika kita bandingkan jumlah simpanan wang yang sama yang digunakan untuk membeli emas. Simpanan emas tersebut boleh disimpan dengan menggunakan kaedah sewaan loker di bank-bank tempatan. Murah je dalam RM80-RM150 setahun. Contohnya HSBC mengenakan bayaran RM120-sewa tahunan dan RM280-kunci loker peribadi. Pastikan loker tersebut mempunyai insurans. Pilihan 1 ini kami syorkan kepada pembeli yang mempunyai tahap kewangan yg amat baik dan berlebihan. Pilihan ini bersesuaian kepada pembeli yang mempunyai perancangan jangka panjang. Mengikut kajian pakar, peratusan kenaikan setiap tahun adalah dalam lingkungan 50% setahun.
    8. Pilihan 2 - Kita beli, kita jual balik (minimum dlm tempoh seminggu, lagi lama tempoh lagi baik). Jangan kita harapkan bila kita beli emas hari ini, esok terus kita nak hasilnya yang berlipat kali ganda. Sikap ini tidak bersesuaian dengan urusan jual-beli emas. Perlu kita ingat bahawa bisnes emas ini adalah bisnes jangka panjang. Tiada satu perniagaan pun yang tiada cabaran, yang tiada turun-naiknya dan tiada untung-ruginya. Jadi banyakkan bersabar. Pilihan ke-2 ini adalah satu pilihan yang baik bagi pembeli yang hendak mencari keuntungan jangka pendek. Caranya bagaimana? Kami bg contoh, katakan masa kita buat order emas harganya rm2700.00 utk 1 keping 20g. Kita buat order 10 keping. So apa langkah seterusnya?. Apabila emas tersebut sudah ada dlm genggaman kita, kita simpan dulu buat sementara waktu. Apabila harganya sudah menjangkau kepada rm2800.00 dan ke atas, kita cari pelanggan dan jual. Katakan kita jual dengan harga rm2800. Maka kita dah untung rm100 atas 1 keping. kalau 10 keping kita akan dapat rm1000 kan?. Tu baru seminggu / 2 minggu. Sapa nak kasi mudah2 rm1000 dlm masa seminggu / 2 minggu? Tiada pembeli? atau kita tak jalankan kerja jualan kita? Bila sebut bisnes, maka asas jualan tu kena dilaksanakan. Pada peringkat awal ini jangan ingat bahawa pelanggan akan cari kita, kita yg perlu cari pelanggan. Bila dah naik sikit, insyaallah pelanggan akan datang kpd kita. Kalau dah tak ada sgt pelanggan untuk jual, call kami, kami akan cuba tolong. Untuk makluman semua pihak, pergerakkan harga naik setiap minggu / setiap 2 minggu bagi wafer emas 20g adalah dlm lingkungan rm100-rm200 utk 1 keping, wafer 50g dalam lingkungan rm300-rm500 utk 1 keping, manakala wafer 100g dalam lingkungan rm400-rm700 untuk 1 keping. Ni adalah analisa yang telah kami buat sendiri dlm masa sebulan ini. Apa taknya...sahabat kami dah dpt untung rm10k daripada simpanan emas 700g yang ada dgnnya menggunakan pendekatan ini. Peratusan kenaikan setiap bulan adalah 4%-5%. So jgn bimbang...banyakkan bersabar dan jgn tamak!
    9. Pilihan 3 - Kita beli, kita gadai/pajak, pelaburan emas....  bagaimana??? berminat boleh hubungi saya... 019-7718153
    10. Akhir sekali, nasihat kami, kalau kita tiada duit, kita pakat kumpul-kumpul dulu duit kita, lepas tu bila dah cukup baru kita beli emas. Selain daripada tu, kita juga boleh buat pilihan 2 dan pilihan 1 sebagaimana yang dinyatakan di atas. Insyaallah, kita akan memperolehi keuntungan sepertimana yang dihajatkan. Banyakkan sedekah, banyakkan sifat redha, jangan tamak, jangan dengki antara satu sama lain dan jangan malas berusaha, Insyaallah kita akan berjaya....
    sumber: tokey-emas999.blogspot.com

    Perbandingan Emas Pelaburan di Malaysia


    Petikan dari saudara ZAKARIA ISMAIL aka POKYA (putremas.com)
     
    Terdapat beberapa  catatkan analisis berkenaan untung / rugi membeli emas di kedai emas atau di tempat-tempat lain. Berikut ialah sedikit rumusan yang dapat dibuat.
    Kijang Emas
    • Boleh dibeli di cawangan Maybank tertentu
    • Spread 1oz (6%), 1/2oz (8%), 1/4oz (10%)
    • Tidak boleh lock harga
    • Tidak boleh booking
    • Perlu dapatkan sendiri di Maybank
    • Stok sering habis
    • Tidak beli semula jika tercalar
    OUB
    • Boleh dibeli di OUB Utama sahaja
    • Spread berdasarkan 1oz : AUS Nugget (2%), Gold Maple Leaf (2%), Kinebar (2%), Pamp Gold (3.5%), Singapore Lion (2%)
    • Perlu dapatkan sendiri di OUB
    • Stok selalu habis
    • Mesti bawa resit asal masa jual balik
    • Tidak boleh buka sarung
    Pamp Suisse
    • Boleh dibeli di kedai emas tertentu
    • Spread antara 10%-30% mengikut kedai
    • Buka sarung tolak harga
    Bunga Raya
    • Hanya boleh dibeli dan dijual di Poh Kong sahaja
    • Spread 15%-25%
    • Buka sarung tolak harga
    Barang Kemas
    • Boleh dibeli di mana-mana kedai emas
    • Harga tinggi berbanding pasaran
    • Spread 20%-40%
    Dinar Emas Kelantan
    • Boleh dibeli melalui ejen berdaftar atau orang perseorangan
    • Stok terhad dan selalu kehabisan
    • Spread 10%-15%
    Public Gold & Public Dinar
    • Boleh dibeli daripada mana-mana ejen ( TERMASUK IMPIAN EMAS999 )
    • Spread 5%-6% sahaja
    • Dijamin beli balik walaupun buka sarung, kemek, calar dan sebagainya asalkan berat masih sama
    • Boleh booking dan lock harga
    • Dinilai oleh assayer emas bertauliah
    • Disertakan dengan Certificate of Authenticity
    • Timbangan berat emas adalah 100% dijamin tulen

    Kongsi pengalaman -Loan Emas...Berbaloi ke???

    petikan dari pengalaman sahabat kite : Zarul Azkief ...  semoga ianya dapat memberi inspirasi dalam mencapai impian kite...

     
    Jadual dividen/bonus ASB
    Assalamualaikum dan selamat menyambut Ramadhan.. Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana diberi limpah dan kurnianya serta dapat meyambut dan menunaikan puasa pada tahun ini.
    Ok..pada kali ini saya ingin bercerita mengenai Loan Emas. Pasti anda semua pernah dengar Loan ASB kan. Pelaburan ASB melalui pinjaman itu boleh didapati melalui ejen PNB iaitu Maybank, CIMB dan RHB. Tapi bagaimana pula dengan Loan Emas ni???
    Janganlah pula pergi ke bank dan bertanya mengenai Loan Emas ni. Confirm kena gelak sebabnya mereka tidak menyediakan produk pinjaman yang sebegini.
    Untuk mendapatkan Loan Emas ni, anda boleh pilih mana-mana bank yang menyediakan kemudahan Personal Loan. Sebagai contoh ialah Bank Rakyat.
    Dengan rate interest 4.9% setahun dan pinjaman sebanyak RM 40,000 selama 15 tahun, anda hanya perlu membayar  RM 386 sebulan selama 180 bulan. Mengapa saya guna angka RM 40,000? Ohh..ini kerana dengan RM 40,000 anda layak bergelar dan memohon untuk menjadi dealer/pengedar kepada Public Gold dan wang pinjaman sebanyak itu juga anda membeli emas. Jangan belanjakan untuk kegunaan lain kerana pinjaman ini digunakan untuk melabur di dalam emas.
    Seperti juga loan ASB, anda pastinya memang berniat untuk melabur. Cuma dalam loan Emas ini, anda melabur di dalam emas iaitu membeli emas dan menyimpan emas. Manakala bayaran bulanan pula sama seperti membuat loan ASB iaitu anda bayar ansuran bulanan kepada bank yang anda pinjam. Sekiranya anda tertib membayar ansuran pinjaman tanpa mengurangkan berat / bilangan emas anda, selepas tempoh 15 tahun sehingga selesainya personal loan anda. Ini hasilnya…
     
    Sejarah kenaikan harga emas sepanjang tempoh 10 tahun
    Contoh pengiraan :
    Dengan RM 40,000 anda dapat membeli sebanyak 69 keping emas 1 dinar. Semasa artikel ini ditulis, harga untuk 1 dinar ialah RM 579 sekeping.
    69 dinar x RM 579 = RM 39,951
    69 dinar = 293.25 gram emas 916
    Pada tahun 2010 anda mempunyai emas sebanyak 69 dinar/ 293.25 gram
    Melalui graf di atas, purata kenaikan harga emas setahun ialah 27%.
    Pada tahun 2025 iaitu selepas 15 tahun dan selesainya bayaran personal loan anda, didapati kenaikan harga emas ialah 405%.
    1 dinar = RM 579 x 405% = RM 2924
    Jadi, 69 dinar x RM 2924 = RM 201,756
    Ya…selepas 15 tahun inilah nilai emas anda. Dengan bilangan atau berat emas yang sama, anda akan mempunyai emas yang bernilai RM 201,756. Itu sekiranya kenaikan harga emas setiap tahun ialah 27%. Cuba bayangkan kenaikannya lebih dari 27%..Maka nilai emas anda akan lebih dari seperti di atas. Mengapa saya yakin akan jadi lebih dari 27%. Ini kerana permintaan emas semakin tinggi manakala sumber emas pula semakin berkurang di seluruh dunia. Lihat saja trend kenaikan harga emas di gambarajah graf di atas. Graf itu sudah cukup membuktikan bahawa akan berlaku lagi trend kenaikan yang mendadak selepas ini.
    Oklah…saya ingin terangkan serba ringkas mengapa saya gunakan angka RM 40,000 untuk buat pinjaman. Seperti di atas juga, anda layak dan dapat memohon untuk menjadi dealer/pengedar kepada Public Gold. Senang cerita, anda boleh melabur emas sambil berniaga. Bila berniaga, anda tidak perlu menggunakan duit gaji anda untuk membayar ansuran bulanan pinjaman tetapi cukup dengan komisyen yang diberikan oleh Public Gold untuk membayar ansuran bulanan pinjaman. Setakat ini, Public Gold memberikan komisyen 1.5% setiap kali order emas dari mereka. Sekiranya dapat menjual (sales) emas sebanyak RM 26,000 secara konsisten setiap bulan, anda akan mendapat komisyen sebanyak RM 390 dan dengan wang itu anda dapat membayar ansuran bulanan pinjaman tanpa mengusik duit gaji anda. Susah ke berniaga emas??
    Ermm…senang je. Jika ingin mengetahui dengan lebih lanjut bolehlah berhubung dengan saya untuk mengetahui macam mana memulakan perniagaan emas ini.
    Bagi yang ingin buat pinjaman kurang dari RM 40,000 pun tiada masalah. Ini terpulang kepada anda. Saya bagi contoh RM 40,000 kerana dengan menjadi dealer/pengedar Public Gold, anda boleh menjana side income tanpa kehilangan modal dan terus menjana keuntungan dari tahun ke tahun.

    50 Fakta Menarik Tentang Emas

    50 Fakta Menarik Tentang Emas


    Fakta-Fakta Menarik Tentang Emas:-

    1. Emas adalah wang, duit dan harta dari
        Zaman Manusia mula menemui emas.

    2. Emas adalah salah satu unsur kimia
        dengan simbol Au (Aurum)

    3. Nombor atom untuk emas adalah 79

    4. Emas telah dijadikan sebagai syiling,
        barang kemas, hiasan sejak zaman dahulu
        kala lagi apabila tamadun manusia mula
        pandai merekod.

    5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam 
        bentuk butiran, urat batuan dan 
        mendapan aluvial


    6. Sifat fizikal emas adalah berkilat,lembut dan padat.

    7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi

    8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia.

    9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida
        walaupun didalam air

    10Emas digunakan sebagai logam untuk matawang.
          Ia adalah simbol kemewahan dan simpanan 
          kekayaan individu.



    11. Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbol
          samada Islam, hindu ataupun aties.

    12. Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161juta kilogram) emas
          telah digali dari muka bumi.

    13. Didalam era industri moden, emas digunakan sebagai
          konduktor didalam mesin elektronik, penebat luar satelit
         dan industri kesihatan seperti pergigian.

    14. Emas tidak berkarat dan merupakan konduktor elektrik
          terbaik.

    15. Emas adalah logam peralihan.

    16. Emas adalah unsur paling pasif dan sangat kurang bertindak
          balas dengan unsur lain.

    17. Emas satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitrik.
          Logam-logam lain seperti Silver (Si) dan logam lain bertindak
          balas dengan Asid Nitrik.

    18. Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untuk 
          menentukan ketulenan emas.


    19. Pada tahun 2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagai
          pengeluar terbesar emas didunia. Ini kali pertama berlaku sejak
          Afrika Selatan mula mengeluarkan emas pada tahun 1905.

    20. Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali dapat
          mengisi hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik.

    21. 1 Ounce (31.3grams) emas jika ditempa akan menjadi kepingan
          halus seluas 300 kaki persegi (3300meter persegi) ~(57m x 57m)

    22. Emas tulen boleh ditempa sehalus mungkin sehingga menjadi
          hampir transparent.

    23. Emas boleh dijadikan aloi bersama logam-logam yang lain.
          (perak,kuprum)

    24. Aloi yang dihasilkan dari emas boleh mengubah:-
    • Kekerasan
    • Kekuatan
    • Sifat kelogaman(metallugical)
    • Suhu lebur
    • Perubahan warna sesuatu kualiti emas.
    25. Emas digunakan didalam industri moden sebagai konduktor 
          haba dan elektrik.


    26. Emas memantulkan dengan kuat sinaran Infra-red

    27. Emas tidak bertindakbalas dengan udara,kelembapan dan
          agen hakisan yang kuat

    28. Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan mendapan:-
    • Hasilnya adalah logam emas padu.
    29. Emas tulen 24 Karat tidak mempunyai rasa dan bau.

    30. Emas sangat tumpat:-
    • 1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg
    31. Warna emas tulen adalah kuning metalik.


    32. Hanya Emas,Cesium dan tembaga adalah unsur logam yang
          tidak berwarna putih ataupun kelabu (Cesium, 55)

    33. Emas mempunyai tindak balas berlainan bergantung kepada
          kesan relativistic yang berlaku pada satu atom pada orbital
          atomnya (79 – 2.8.18.18.32.1)

    34. Aloi emas berwarna merah rose boleh dihasilkan dengan 
          campuran beberapa komposisi copper (tembaga) 
          dan Silver (perak)


    35. Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuk
          semulajadinya.

    36. Emas digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai
          tambatan matawang.  Jumlah emas yang disimpan bank 
          negara = wang yang dicetak

    37. Jumlah emas didalam dunia adalah terhad dan pengeluarannya
          tidak lagi memberi kesan kepada ekonomi dunia.

    38. Pada hari ini, pengeluaran emas semakin berkurang.

    39. Pada kurun ke-20, simpanan emas dunia dan pasaran
          urusniaganya semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah tetap.

    40. Ketika bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yang
          terlibat dalam perang kembali menggunakan emas untuk
          membiayai kempen peperangan masing-masing.

    41. Selepas perang dunia kedua, emas digantikan dengan 
         tukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods.

    42. Nilai standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawang
          telah dihentikan dan kini ia digantikan dengan nilai tukaran tetap.

    43. Switzerland adalah negara terakhir yang menambat matawang
          mereka (sebanyak 40%) pada nilai emas selepas menganggotai
          Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun 1999

    44. Emas tulen adalah sangat lembut untuk digunakan seharian dan
          biasanya ia dialoikan dengan logam lain untuk menjadikan
          ia lebih keras.

    45. Kandungan emas didalam aloi diukur menggunkan unit Karat (k)

    46. Emas tulen diukur sebagai 24karat(k)

    47. Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930
          adalah dalam bentuk emas 22karat (916).


    48. Emas untuk pelaburan tidak memerlukan sifat mekanikal seperti
          keras, kuat untuk dipakai jadi ianya biasa dibentuk kepada
          emas 24karat.

    49. Syiling emas yang dikeluarkan oleh negara tertentu seperti
         American  Gold Eagle, British Gold Sovereign dan South
         Africa Krugerran adalah dalam bentuk 22 Karat.

    50. Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Canada dalam  
          bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan 
         99.999% emas.



    Mengapa Simpanan Emas Menjadi pilihan Masa Kini ?

    Petikan daripada : Pendita emas 999 ( 24 ogos 2010 )

    Salam,

    Pelaburan emas telah lama berada di negara kita. Sekitar tahun 2004 hingga 2007 kami lebih menumpukan kepada akaun simpanan emas sahaja. Pada masa itu harga emas memang sangat rendah. Segram sekitar RM60.00 kemudian melonjak kepada RM80/g. Kemudian terus naik tahun demi tahun mulai 2008.

    [IGD2006.jpg]
    [IGD2005.jpg][IGD2004.jpg]
    Untuk memudahkan pengiraan dalam gram,
    buat pembahagian line harga -:-4.25gram=harga gram semasa

    Di waktu itu kenaikan harga emas berdasarkan nilai ringgit nie kami anggap kecil. Kami anggap ia sama seperti kenaikan harga Public Mutual walaupun naik hanya dalam sen tetap menguntungkan jika kita melabur dalam jumlah tunai yang besar. Sebab itu rakan-rakan kami yang masuk lebih awal dalam pelaburan emas ini sudah lena kerana minda kami telah tertanam dengan spekulasi harga pasaran saham dengan cara biarkan masa berlalu setahun, dua tahun, tiga tahun sampai masa kutip untung.

    Kepada teman-teman mulai hari ini marilah kita memperbetulkan semula minda kita yang selama ini terpedaya dengan gaya spekulasi pasaran saham kepada gaya lebih ekstrim meraih untung dengan menjana pendapatan melalui pelaburan emas dengan dengan mengenepikan apa yang orang lain kata sebelum ini bahawa jongkong emas dan dinar emas susah nak dipajak, susah nak dijual, tak mendatangkan untung, rugi kerana spread harga besar jika dijual.

    Kita ubah minda kita kepada pemikiran berikut:

    1. Simpanan Emas Terhad tetapi Permintaan Sentiasa Tinggi

    Kita kena sedia maklum bahawa emas tersimpan dalam kerak bumi adalah terhad. Hasil kajian emas menjadi bahan konduktor yang efisen dalam industri elektronik. Pembuangan emas telah berlaku dalam unit miligram tanpa direcycle semula terkandung dalam prosesor komputer, telefon bimbit dan dalam lain-lain perkakasan elektronik. Ini bermakna info mengenai kegunaan emas secara tidak sengaja menyedarkan kita, bahawa suatu hari emas menjadi bahan mentah dalam perindustrian. Penyimpanan berdikit-dikit dari sekarang memberik keuntungan masa depan.

    2. Komoditi paling bersinar sejak zaman pra sejarah

    Emas sudah dikenali sejak zaman nabi-nabi Allah. Salah satu yang terkenal ialah sejaran Qorun yang terkenal sehingga kini tentang harta karun. Sebut harta karun semua akan membayangkan emas dan permata. Menjadi alat pertukaran mata wang, dinar telah distandardkan nilainya 1dinar =4.25gram sejak zaman Syaidina Umar. Alat ukuran kekuatan sesebuah negara, elak Siam melanggar Kedah, kedah hantar bunga emas.

    3. Menjadi senjata serangan inflasi

    Inflasi merupakan perkara yang merisaukan sesebuah negara. Dengan inflasi rakyat porak peranda. Semua barang akan naik harga sedangkan nilai wang disandar makin mengecut menjadikan kuasa beli mengecil. Tambahan wang diperlukan untuk mendapatkan barang yang diperlukan. Ketika itulah emas berfungsi menyediakan wang yang kita perlukan melalui pajakan atau jualan terus. Contoh inflasi naik 10% setahun , kita anggarkan nilai ringgit yang mengandungi nilai 100 sen akan menyusut kepada 90 sen, 80 sen dan seterusnya. Ini bermakna kita kena sediakan 110 sen, 120 sen dan seterusnya untuk mendapatkan barang keperluan.

    4. Emas Menjana keuntungan dalam pelbagai cara

    Di sini saya akan menyenaraikan penjanaan keuntungan emas secara makro bergantung kepada falsafah, prinsip, komitmen dan disiplin diri masing-masing iaitu:

    Semakin menjelang hari raya Aidilfitri.. semestinye zakat jangan dilupakan... semoga ianya dapat membantu mereka2 yg memerlukan walaupun sedikit pun... macamner zakat dikire... so kite bacalah .. dibawah ini



    Zakat Emas adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman Allah S.W.T. bermaksud:
    “Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan dahulu”.
    At- Taubah; ayat 34-35

    Zakat Emas dikira dalam dua keadaan:-


    1. Emas yang tidak dipakai (disimpan) - Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.


    Contoh:
    2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab). Contoh : RM6,000 x 2.5%
    Jumlah zakat = RM 150


    2. Emas yang dipakai - Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahuntidak wajib dikeluarkan zakat ke atasnya. Tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu tidak termasuk batu permata.

    Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf:-
    150 gram emas.
    Contoh:

    Berat Emas yang dipakai = 250 gram
    Uruf Emas = 150 gram
    Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram – 150 gram = 100gram
    Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)

    = 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
    = RM 192.9

    **Jika emas berada di pajak gadai,tidak dikenakan zakat kerana bukan hak milik sempurna.

    Komen terbaru DR.M tentang dinar emas

    1. Izinkan saya jelaskan pandangan saya terhadap kegunaan dinar emas yang saya cadangkan.
    2. Saya telah cadang dinar emas digunakan untuk dagangan antarabangsa sahaja. Saya tidak pernah cadang dinar emas diguna sebagai matawang mana-mana negara untuk kegunaan harian.
    Tidak ada negara mana pun atas dunia ini termasuk Iran yang dicadangkan pada awalnya, mahu menggunakan dinar emas dalam dagagan antarabangsa. Idea ini hanya tinggal angan – angan kosong kerana tidak ada satu negara pun dalam PBB yang benar – benar merdeka dari ekonomi dollar , Euro dan hard currency yang lain. ( Wang Fiat)3. Walaupun harga emas lebih stabil daripada matawang, tetapi nilai emas juga bergerak. Semasa Perjanjian Brettonwoods satu auns emas bernilai $35 Dolar Amerika. Tetapi sekarang satu auns emas bernilai $1,300 Dolar Amerika. Ini bermakna nilai Dolar telah jatuh degan teruk. Namun untuk dagangan antarabangsa Dolar masih diguna.
    3.Masalahnya ialah apabila emas diukur dengan dollar, sudah tentu nilai emas akan bergerak. Apabila dollar hanya dicetak ( wang fiat ) untuk mendapatkan emas. Emas sebenarnya tidak bergerak, 1 dinar tetap 4.25 gram, yang bermasalah sebenarnya dolar. Kenapa ketika masa yang sama mahu menggunakkan dinar dalam perdagagngan antarabangsa tetapi dollar masih mahu digunakan.
    4. Jika satu syiling emas diberi nilai 1 Ringgit hari ini umpamanya dan kemudian nilai emas meningkat maka sudah tentu pemilik syiling emas tidak akan gunanya untuk membeli-belah dengan bernilai satu Ringgit. Mereka akan guna wang kertas 1 Ringgit. Syiling emas akan disimpan.
    Ini menunjukkan bahawa RM dan dollar adalah serupa, kedua duanya wang fiat. Dirham Perak dan Fulus yakni wang kecil akan menyelesaikan masalah ini. Dirham Perak dan Fulus bukan idea Dr M.
    5. Lama kelamaan semua dinar emas yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa akan hilang dari pasaran. Walau banyak mana sekali pun pihak berkuasa mengeluar dinar emas akhirnya akan habis emas yang disimpan. Inilah yang berlaku pada Amerika Syarikat yang pada satu masa memiliki 80 peratus daripada simpanan (reserve) emas dunia.Hanya orang Kaya yang akan menyembunyikan emas, orang – orang miskin akan terus menggunakan dinar, dirham dan fulus. Dinar, dirham dan fulus bukannya dimakan, ia hanya pengukur nilai. Allah swt menyebut dalam surah Al Hasyr ” Supaya harta tu tidak beredar dikalangan orang yang kaya sahaja dikalangan kamu ”
    6. Mekanisma yang lain akan diguna untuk dagangan antarabangsa dengan dinar emas. Simpanan matawang emas tidak perlu dalam bentuk syiling tetapi sebagai bata atau jongkong emas yang nilai-nilai akan mengikut harga emas dalam pasaran.
    7. Bayaran untuk dagangan akan dibuat oleh bank pusat setelah dihitung nilai eksport dan nilai import antara dua negara. Jika import melebihi eksport maka negara berkenaan akan bayar dengan nota kredit bersamaan jumlah nilai emas sebanyak kelebihan nilai import tolak nilai eksport.Dr M telah menyebut sebelumnya pada November 2008 :Bank Negara Malaysia pernah runding dengan sebuah negara lain dan penggunaan Dinar Emas memang boleh dilaksanakan. Tetapi entah kenapa Bank Negara Malaysia tidak dapat menjayakan sistem ini.
    8. Jika pada bulan hadapan eksportnya ke negara berkenaan melebihi nilai import maka bayaran untuk kelebihan ini boleh dibuat dengan nota kredit bulan lepas.
    9. Dengan cara ini tidak ada keperluan membayar dengan emas walaupun emas menentukan nilai barangan yang didagangkan. Hanya bayaran dibuat untuk lebih atau kurangnya eksport dengan import secara total dengan negara-negara berkenaan tiap bulan atau minggu. Jika nilai import adalah sama dengan eksport, bayaran tidak perlu dibuat. Ia menjadi dagangan secara barter (tukar barang).
    10. Dengan menggunakan emas untuk menentukan nilai dagangan, Dolar Amerika yang jelas tidak stabil tidak perlu digunakan lagi. Permainan oleh penyangak matawang juga akan terhenti.
    Kesimpulan :
    Dr M hanya melihat dinar emas dalam perdagangan antarabangsa semata mata, beliau tidak nampak akan keperluan zakat, mahar dan hudud seperti yang disebut oleh Ibn Khaldun dalam Muqadimmahnya. Dirham dan fulus juga tidak ada dalam pemikiran beliau. Beliau melihat dinar emas hanya pada nilainya dalam RM atau Dollar. Bagi kita sebagai orang Islam , kita tidak peduli samada dinar emas itu emas atau tidak, jika ianya hanya ubi kentang sekali pun ia tetap perintah Allah swt.

    Sunday, September 19, 2010

    Pakai Dinar Emas untuk Kurangkan Kos Kahwin

    Perkahwinan adalah suatu ikatan yang teguh antara lelaki dengan perempuan melalui akad nikah yang sah untuk menjalani kehidupan berumahtangga sebagai suami dan isteri. Perkahwinan disyariatkan dalam Islam bertujuan untuk mengembangkan zuriat manusia melalui cara yang halal sebagai penyambung keturunan untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.
    Firman Allah s.w.t:
    “ Wahai manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang menjadikan kamu daripada diri yang satu( Adam ). Dia ( Allah ) menjadikan daripada diri Adam dan isterinya dan mengembang biak daripada kedua-duanya ramai lelaki dan perempuan….”

    Katakan anda mahu berkahwin pada 2015 dan kos kahwin pada masa tu RM 25,000 (termasuk hantaran,mas kahwin, persandingan,khemah & sebagainya). Sekiranya lebih/kurang, sila sesuaikan dengan bajet anda.
     
    Harga dinar emas Public Dinar pada 23/08/2010
    Harga emas sekarang(Ogos 2010)
    1 dinar = RM 583
    Dengan andaian kenaikan harga emas purata 27% setahun(Rujuk sejarah kenaikan harga emas di www.kitco.com)
    Harga emas pada tahun 2015
    1 dinar = RM 1370
    Kos kahwin 2015/Harga emas 2015
    RM 25,000/RM 1370
    = 18.25 dinar ≈ 19 dinar
    Kos untuk membeli 19 dinar sekarang (Ogos 2010)
    19 dinar x RM 583
    = RM 11,077
    Wahh…menariknye…Dengan bermodalkan 19 dinar pada harga RM 11,077 sekarang(tahun 2010) boleh memberikan nilai 19 dinar RM 26,030 pada tahun 2015. Tetapi bilangan dinar emas tetap sama kan..Itulah maksud saya kos kahwin berkurang jika menggunakan dinar emas. Nak kumpul dinar emas ni terpulang mengikut gaya dan tahap kewangan masing-masing. Boleh beli dan kumpul sikit-sikit ataupun beli sekaligus. Senang cerita..Dah ade duit beli dan simpan je emas. Tunggu lama-lama pun tak guna juga kan…Kekekeke. Bila dah sampai masa nak kahwin tu, jual semula emas tu dan pakailah duit untuk kahwin ok…
    Ermm..habis bab kos kahwin. Lepas tu…mesti anda tertanya-tanya dah ade dinar emas, macam mana nak tukarkan dalam bentuk wang kertas semula. Ohhh…itu senang sahaja. Anda boleh jual semula emas itu kepada saya sendiri ataupun ejen-ejen Public Gold lain di seluruh Malaysia ni ataupun kepada Public Gold sendiri ataupun mana-mana Kedai Emas. Selagi ianya EMAS..ia tetap akan bernilai. Kalau saya bankrupt macam mana pulak?? InsyaAllah…selagi saya berniaga emas dan berniaga dengan cara yang betul saya tak akan mengalami kesulitan di kemudian hari. Lagipun…di tangan anda itu EMAS. EMAS=DUIT. Boleh dijual dimana-mana walau ke benua Africa sekalipun. Hehehehe…

    Tuesday, September 14, 2010

    Ar-Rahnu Agrobank

    Semakin lamer semakin naik...

    Salam kepada semua...akhirnyer setelah lamer mananti..harga 1 dinar berjaya mencapai RM600... kepada mereka2 yg sudah membeli 1dinar dengan harga yg murah pasti akan tersenyum...kerana harga 1dinar sudah semakin naik... masih ader 3 bulan sebelum berakhir tahun 2010..adakah harga 1dinar akan melepasi RM600 bermula tahun hadapan.....

    Monday, September 13, 2010

    Sejenak di AGROBANK Batu Pahat-sambungan

    Salam kembali kepada semua... minggu ni aku telah memajak lagi stok dinar aku serta member aku di ARGOBANK... dan disebabkn aku sudah pernah wat pajakan disitu... dan dalam maser yg samer staff tersebut bertanyerkn tentang kenaikan harga dinar minggu ini dan seterusnyer... dan aku pun berkongsi pendapat dan pandangn tentang kenaikan harga dinar yg dijangkan berlaku.... so tanpa bertangguh lagi... emas yg aku pajak dinilai dan akhirnyer setiap dinar yg aku pajak bernilai RM400x4keping... so kena bahagi 50-50...kerana stok tersebut adalah stok aku dan member aku yg baru nak bermula melakukan pelaburan emas seperti yg aku lakukan... so setiap sorang akan dapat RM800 sebagai simpanan utk membeli jongkong pada bulan OKTOBER ditambah dengan duit gaji .... so selesai sudah perancangan aku utk bulan ini..dan menanti khabar gembira berkaitan bonus RM500 yg akan aku dapat walaupun pada mulanyer tidak layam mendapat bonus@bantuan kewangan... so dengan bonus itu dapatlah aku pergi bercuti dan membeli pakaian baru aku nanti...  harap2 cepatlah masuk bonus tersebut..hehehe.. ader perancangan yg memnanti utk bonus tersebut...hehehehe... okeylah itu saje yg ingin aku kongsi....

    Thursday, September 9, 2010

    Sejenak di AGROBANK Batu Pahat

    Salam kepada semua... aku ingin berkongsi citer aper yg aku telah g lakukan pada minggu terakhir bulan pose... so oleh kerana duit gaji masih ader dah mencukupi utk aku menebus dinar yg aku pajak di YAPEIM... aku akhirnyer membuat keputusan utk menebus semula pajakan yg telah aku buat dan terus tanpa membuang masa bergerak ke Batu Pahat utk pajakan di AGROBANK kerana setelah mendapat maklumat tentang hrga 1gram emas 916 enam dan membuat kiraan.. aku akan mendpat perbezaan yg banyak jika masih memajak di YAPEIm..kerana dinar yg aku pajak telah dianggap sebagai emas 875... dan emas yg samer aku wat pajakan di AGROBANK... telah menunjukkn kualiti emas 916... jadi dengan harga RM136/gram.. aku telan mendapat lebihan sebanyak RM200 dibandingkn ketika aku pajak dia YAPEIM... jadi setelah memikirkan lebihan yg akan aku dapat.. dalam kehujanan aku redah untuk wat pajakan.. walaupun basah.. tapi tetap akan dapat duit...dan boleh digunakan utk belanja raya nanti.....  so aku samapai di AGROBANK BP pukul 3...tapi disebabkn waktu tu time2 semua staf dah mula cuti so penantian agak lamer jugalah... dalm 1jam,,,, dan semasa dlam bilik Pajakan... staff yg bertugas pun bertanyer aper yg ingin dipajak...gold bar atau syiling emas... so selepas berbual2 dan dengan segala maklumat yg aku dah dapat sebelum ini... pajakan yg aku dapat semuanyer sebanyak 70% setiap satu dinar walaupun syarat utama adalah...pajakan kali pertama adalah 65% sahaja..tetapi disebabkn dengan maklumat yg ader... dan menunjukkn yg kite ini tahu pasal pajakan disitu...so setelah berbincang.. akhirnyer aku dpat 70% setiap dinar yg aku ingin pajak... dan selepas selesai proses pajakan aku sudah memilik RM1200... dengan memajak 3dinar... so minggu depannyer aku akan memajak lagi utk stok simpanan bulan OKTOBER supaya aku dapat memiliki JONGKONG EMAS yg pertama... dan dlm maser yg samer.. aku tolong member aku utk pajakkn dinar yg dia beli dari aku dan akan aku bankin nanti... ...

    Monday, September 6, 2010

    Harga emas dan dinar Public Gold melalui perkhidmatan SMS.

    Harga emas dan dinar Public Gold melalui perkhidmatan SMS.

    Dengan gembiranya, Public Gold mengumumkan bahawa pihak syarikat kami telah berjaya memperkenalkan satu lagi perkhidmatan yang pertama di Malaysia iaitu mendapatkan informasi terkini bagi harga emas dan harga dinar Public Gold melalui SMS. Pelangan-pelangan dan partner Public Gold dialu-alukan supaya menggunakan perkhidmatan yang terbaru ini.



    Banyak keistimewaan perkhidmatan terbaru yang pihak syarikat perkenalkan ini.



    1. Untuk pelangan dan partner yang sentiasa bergerak (susah nak access internet).

    2. Harga emas antarabangsa masa kini banyak berubah-ubah, dengan perkhidmatan ini pelangan-pelangan boleh mendapat infomasi harga dengan pantas dan lebih senang untuk membuat keputusan jual - beli emas / dinar untuk stok mereka.

    3. Untuk ejen-ejen, mereka boleh "on the spot" tentukan harga untuk pelangan mereka masing-masing semasa membuat "closing". Jimatkan masa and tidak biar peluang keemasan tercicih.



    Bagaimana untuk menggunakan perkhidmatan SMS ini?

    1. Bagi mendapatkan harga Public Gold dengan perkhidmatan SMS ini,
    taip public gold dan hantar ke 32828. Anda akan mendapat harga emas Public Gold yang terkini dalam masa beberapa saat sahaja.

    2. Bagi mendapatkan harga Public Dinar melalui SMS
    taip public dinar dan hantar ke 32828.

    Dengan perkhidmatan sms ini, segalanya menjadi lebih senang dan cepat. Anda boleh mendapat harga Public Gold yang terkini pada bila-bila masa dan di mana-mana jua anda berada. Setiap SMS akan dikenakan caj RM0.30.
    Semoga kita semua Berjaya.

    Sahabat membantu Sahabat..

    Salam 1malaysia... disini aku ingin berkongsi bagaimana kiter boleh membantu sahabat2 kita dlm pelaburan emas ini... caranyer... kita kongsilah ilmu pelaburan emas serta ASB bersama2 sahabat kita... jika berminat kita bersama2 merancangkan pelaburan yg boleh dilakukan oleh sahabat kita seperti aper yg kita lakukan juga... dan saling membantu..kerana sahabat untung kita pun untung juga...sesame untung... jadi disini setelah berbual dgn sahabat aku yg same2 belajar di melaka ( UTeM@KUTKM) akhirnye sahabat aku berminat memulakan pelaburan emas ini... dan dengan duit simpanan dan juga duit gaji yg ader... dia dapat membeli 5 keping 1dinar... dan  selepas berbincang dengan nye tentang perbelanjaan sebulan akhirnye impian untuk memiliki jongkong akan tercapai pada bulan OKTOBER ini...

    sambungan Dari langkah pertama...

    Salam 1malaysia dan salam menyambut hari raya Aidilfitri kepada semua yg sudi melawat blog saya... so selepas beberape bulan saya membuat pelaburan emas dan memcari ilmu tentang emas melalui pembacaan serta pergaulan dengan  mereka yg menjadi pelabur emas... ilmu emas saya semakin bertambah.. so selepas emmahami konsep pajakan serta bagaimana ia dapat menjana pendapatan  .. impian saya memiliki jongkong yg pertama akan dicapai pada bulan OKtober ini..jika tiada halangan... dan selepas 3bulan meceburi pelabauran emas... inilah hasilnyer... setelah mengunakan semua gaji serta menjualnyer kepada rakan2 yg berminat membuat pelaburan emas ini secara dikit2.. dan member yg sama2 berminat juga akan dapat memiliki jongkong emas nye yg pertama...

    Tuesday, August 31, 2010

    HARGA EMAS PADA 1 SEPTEMBER 2010

    SELAMAT MEMBELI DAN MEMAJAK EMAS ANDA....

    HARGA EMAS HARI TERAKHIR BULAN OGOS

    Inilah harga hari2 terakhir harga emas public gold... Setelah kejatuhan pada bulan tujuh... jadi bulan ogos dan seterusnyer adalah bulan2 kenaikan emas.... selamat membeli dan mencuba

    Sunday, August 29, 2010

    NEW FLYERS... UNCANG EMAS GROUP

    EMAS PENGANTI DUIT RAYA

    PUTRAJAYA 29 Ogos - Tradisi pemberian duit raya sempena Hari Raya Aidilfitri mungkin patut diubah kepada pemberian kepingan emas (gold bar) yang mampu memberi keuntungan pada masa akan datang.
    Pengurus Besar Habib Jewels Sdn. Bhd. (Bahagian Jualan Persendirian), Gary Joseph berkata, pelaburan logam berkenaan amat menguntungkan dan sejak beberapa tahun kebelakangan ini harganya tidak pernah merosot.
    "Lebih baik berikan kepingan emas berbanding wang tunai kerana ia boleh disimpan dan dijual pada bila-bila masa dengan harga yang lebih tinggi," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.
    Menurut beliau, amalan ini telah diamalkan di kalangan kaum Cina yang memberikan angpow dalam bentuk kepingan emas.
    Menurut Gary, Habib Jewels kini menawarkan pembelian kepingan emas yang berbeza dengan apa ditawarkan oleh bank di negara ini.
    Syarikat itu membenarkan pembeli membawa pulang kepingan emas terbabit dan mereka boleh menggadainya semula di mana-mana kedai emas ataupun Ar-Rahnu bagi mendapatkan wang tunai.
    "Kebanyakan bank tidak benarkan pelanggan bawa pulang emas terbabit, pelanggan beli dan hanya simpan resit pembelian atau buku bank, dan penjualan emas berkenaan hanya terhad kepada itu sahaja," katanya.
    Tambah Gary, Habib Jewels menawarkan kepingan emas dengan berat minimum lima gram sehingga sekilogram.
    Ia ditawar mengikut harga pasaran emas semasa dan ketika ini Habib Jewels menjual kepingan emas jenama Pamp Suisse pada harga sekitar RM145 segram.
    Menurut Gary, emas adalah sumber pelaburan yang tidak pernah menghampakan pelaburnya untuk meraih keuntungan.
    Katanya, walaupun harga emas ketika ini mengalami pembetulan namun ia masih stabil dan dijangka terus meningkat kira-kira lima peratus menjelang November ini.
    "Ketika krisis ekonomi yang lalu, harga emas melonjak sehingga 30 peratus tetapi sekarang ia kian stabil dan mampu memberi pulangan pelaburan sekitar lima peratus hingga lapan peratus.
    "Ini adalah masa terbaik untuk membeli emas sama ada emas fizikal ataupun barang kemas kerana harganya kompetitif namun mampu memberi pulangan pelaburan pada masa akan datang," ujarnya.
    Apa yang menarik mengenai pelaburan emas, harganya akan naik mendadak didorong oleh beberapa faktor luaran yang negatif seperti ketidaktentuan ekonomi, kelembapan pasaran kewangan dan peningkatan harga minyak, jelasnya.
    Tambah beliau, sekiranya, faktor-faktor ini menunjukkan trend positif, harga emas akan terus stabil tetapi ia belum pernah jatuh menjunam dan merugikan pelabur-pelaburnya.
    "Apabila berlaku ketidaktentuan ekonomi terutama pasaran global, orang ramai akan mula membeli emas kerana mereka yakin harga emas tidak akan jatuh dan mereka tidak akan mengalami kerugian," katanya.
    Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini, Habib Jewels mempromosikan kempen 'Rantaian Kasih' yang mana pelanggan boleh mendapat diskaun terbaik bagi barang-barang kemas yang dijualnya.
    Pada tahun ini, Habib Jewels membuka ruang pameran di hadapan kedainya di pusat membeli belah Alamanda, Putrajaya selama sebulan bagi tujuan promosi 'Rantaian Kasih'.
    Dijangkakan seramai 24,000 pelanggan akan mengunjungi ruang pameran berkenaan.
    ( PETIKAN DARI UTUSAN MALAYSIA )