Monday, September 20, 2010

Kongsi pengalaman -Loan Emas...Berbaloi ke???

petikan dari pengalaman sahabat kite : Zarul Azkief ...  semoga ianya dapat memberi inspirasi dalam mencapai impian kite...

 
Jadual dividen/bonus ASB
Assalamualaikum dan selamat menyambut Ramadhan.. Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana diberi limpah dan kurnianya serta dapat meyambut dan menunaikan puasa pada tahun ini.
Ok..pada kali ini saya ingin bercerita mengenai Loan Emas. Pasti anda semua pernah dengar Loan ASB kan. Pelaburan ASB melalui pinjaman itu boleh didapati melalui ejen PNB iaitu Maybank, CIMB dan RHB. Tapi bagaimana pula dengan Loan Emas ni???
Janganlah pula pergi ke bank dan bertanya mengenai Loan Emas ni. Confirm kena gelak sebabnya mereka tidak menyediakan produk pinjaman yang sebegini.
Untuk mendapatkan Loan Emas ni, anda boleh pilih mana-mana bank yang menyediakan kemudahan Personal Loan. Sebagai contoh ialah Bank Rakyat.
Dengan rate interest 4.9% setahun dan pinjaman sebanyak RM 40,000 selama 15 tahun, anda hanya perlu membayar  RM 386 sebulan selama 180 bulan. Mengapa saya guna angka RM 40,000? Ohh..ini kerana dengan RM 40,000 anda layak bergelar dan memohon untuk menjadi dealer/pengedar kepada Public Gold dan wang pinjaman sebanyak itu juga anda membeli emas. Jangan belanjakan untuk kegunaan lain kerana pinjaman ini digunakan untuk melabur di dalam emas.
Seperti juga loan ASB, anda pastinya memang berniat untuk melabur. Cuma dalam loan Emas ini, anda melabur di dalam emas iaitu membeli emas dan menyimpan emas. Manakala bayaran bulanan pula sama seperti membuat loan ASB iaitu anda bayar ansuran bulanan kepada bank yang anda pinjam. Sekiranya anda tertib membayar ansuran pinjaman tanpa mengurangkan berat / bilangan emas anda, selepas tempoh 15 tahun sehingga selesainya personal loan anda. Ini hasilnya…
 
Sejarah kenaikan harga emas sepanjang tempoh 10 tahun
Contoh pengiraan :
Dengan RM 40,000 anda dapat membeli sebanyak 69 keping emas 1 dinar. Semasa artikel ini ditulis, harga untuk 1 dinar ialah RM 579 sekeping.
69 dinar x RM 579 = RM 39,951
69 dinar = 293.25 gram emas 916
Pada tahun 2010 anda mempunyai emas sebanyak 69 dinar/ 293.25 gram
Melalui graf di atas, purata kenaikan harga emas setahun ialah 27%.
Pada tahun 2025 iaitu selepas 15 tahun dan selesainya bayaran personal loan anda, didapati kenaikan harga emas ialah 405%.
1 dinar = RM 579 x 405% = RM 2924
Jadi, 69 dinar x RM 2924 = RM 201,756
Ya…selepas 15 tahun inilah nilai emas anda. Dengan bilangan atau berat emas yang sama, anda akan mempunyai emas yang bernilai RM 201,756. Itu sekiranya kenaikan harga emas setiap tahun ialah 27%. Cuba bayangkan kenaikannya lebih dari 27%..Maka nilai emas anda akan lebih dari seperti di atas. Mengapa saya yakin akan jadi lebih dari 27%. Ini kerana permintaan emas semakin tinggi manakala sumber emas pula semakin berkurang di seluruh dunia. Lihat saja trend kenaikan harga emas di gambarajah graf di atas. Graf itu sudah cukup membuktikan bahawa akan berlaku lagi trend kenaikan yang mendadak selepas ini.
Oklah…saya ingin terangkan serba ringkas mengapa saya gunakan angka RM 40,000 untuk buat pinjaman. Seperti di atas juga, anda layak dan dapat memohon untuk menjadi dealer/pengedar kepada Public Gold. Senang cerita, anda boleh melabur emas sambil berniaga. Bila berniaga, anda tidak perlu menggunakan duit gaji anda untuk membayar ansuran bulanan pinjaman tetapi cukup dengan komisyen yang diberikan oleh Public Gold untuk membayar ansuran bulanan pinjaman. Setakat ini, Public Gold memberikan komisyen 1.5% setiap kali order emas dari mereka. Sekiranya dapat menjual (sales) emas sebanyak RM 26,000 secara konsisten setiap bulan, anda akan mendapat komisyen sebanyak RM 390 dan dengan wang itu anda dapat membayar ansuran bulanan pinjaman tanpa mengusik duit gaji anda. Susah ke berniaga emas??
Ermm…senang je. Jika ingin mengetahui dengan lebih lanjut bolehlah berhubung dengan saya untuk mengetahui macam mana memulakan perniagaan emas ini.
Bagi yang ingin buat pinjaman kurang dari RM 40,000 pun tiada masalah. Ini terpulang kepada anda. Saya bagi contoh RM 40,000 kerana dengan menjadi dealer/pengedar Public Gold, anda boleh menjana side income tanpa kehilangan modal dan terus menjana keuntungan dari tahun ke tahun.

No comments:

Post a Comment