Monday, August 23, 2010

BERITA TERKINI KEPADA MEREKA YG INGIN MEMAJAK EMAS..... Ar-Rahnu yang terbaik untuk emas pelaburan ialah Ar-Rahnu Agrobank :)

Salam 1Malaysia.. salam buat semua yg sudi melawat blog saya... disini ader berita yg mengembirakan kepada pemilik emas ... AGRO BANK (http://www.agrobank.com.my/ar-rahnu) telah memberi peluang kepada merekan yg ingin memajak emas berdasarkan harga semasa kerana sebelum ini mereka menentukan harga emas mengikut harga mereka sahaja walaupun harga emas semakin naik... untuk tahun 2010 AGRO Bank telah mengubah ketetapan harga emas...

Berikut adalah beberapa terma yang sangat menarik ( petikan dari Jutawanemas.com)

1. Margin pinjaman 70% walaupun ia adalah gadaian pertama anda.
2. Nilai emas yang tinggi bagi emas 999.9 (RM148.50 segram)
3. Margin pinjaman ditingkatkan daripada RM50,000 kepada RM150,000 seorang
4. Tempoh gadaian dipanjangkan kepada 6 bulan + 6 bulan + 6 bulan.
5. Promosi upah simpan adalah RM0.60 untuk RM100 nilai emas (bagi 70% pinjaman)

Huraian terperinci.

1. Margin pinjaman 70%  diberikan walaupun ia gadaian pertama.
Dahulu gadaian pertama cuma boleh dapat 60% daripada nilai emas, kali kedua gadai baru dapat 70%. Sekarang anda boleh memperolehi terus pinjaman maksima 70% daripada nilai emas walaupun pertama kali menggadai. Bagi saya, semakin tinggi nilai pinjaman, semakin besar peluang kita untuk menjana keuntungan dengan hasil pinjaman tersebut…


2. Nilai emas yang tinggi bagi emas 999.9 (RM148.50 segram).
Sebelum pengumuman terma baru ini, rate untuk emas 999.9 adalah RM126 /gram. Jadi, pada nilai ini anda cuma boleh meminjam sebanyak RM88.20 (70% daripada RM126) bagi setiap gram emas yang anda gadaikan. Dengan peningkatan nilai kepada RM148.80/gram maka kini anda boleh meminjam RM103.90 (70% daripada RM148.80) bagi setiap gram emas yang anda gadaikan. Rate ini akan berubah dari masa ke semasa mengikut harga emas semasa dunia.
p/s: Jika anda menggadaikan 100g emas 999.9, pada rate RM126/gram anda boleh meminjam RM8820.00. Pada rate 148.50/gram anda boleh meminjam sehingga RM10390.00 . Ini adalah perbezaan sebanyak RM1570.00. Banyak tu..


3.  Margin pinjaman ditingkatkan daripada RM50,000 kepada RM150,000
Sebelum ini, pinjaman maksima yang boleh diberikan oleh Ar-Rahnu Agrobank ialah RM50,000 (RM10,000 sehari x 5 hari). Sekarang kita boleh meminjam sehingga RM150,000 (RM50,000 sehari x 3 hari) Dengan kata lain anda boleh menukar 1.4 kilo emas kepada tunai di Ar-Rahnu Agrobank :)
p/s: Semakin tinggi nilai pinjaman maka semakin besar keuntungan yang boleh anda hasilkan dengan teknik manipulasi emas menggunakan kemudahan A-Rahnu. Contohnya pajak emas ketika harga emas turun untuk membeli lebih banyak emas. Jual apabila harga naik semula. Bagi peniaga emas Public Gold, ini memudahkan anda membuat buy back emas pelanggan anda
.

4. Tempoh gadaian yang lebih panjang iaitu 6 bulan + 6 bulan + 6 bulan.
Sebelum ini Ar-Ranhu Agrobank cuma memberikan tempoh gadaian 6 bulan + 3 bulan + 2 bulan (selepas 6 bulan sambung 3 bulan, lepas tu sambung 2 bulan). Sekarang anda boleh sambung kontrak gadaian kepada 6 bulan sambung lagi 6 bulan (jumlah semua 18 bulan)

5. Promosi – upah simpan hanyah RM0.60 untuk RM100 nilai emas (70% pinjaman)
Untuk 3 bulan bermula 16/8/2010 Agrobank memberikan rate upah simpan yang sangat menarik iaitu cuma 0.60 sen bagi setiap nilai marhum RM100 dan bagi pinjaman 70%. Jadi kalau nak dapat rate special nie kena pegi gadai dalam tempoh 3 bulan ini lah.
Biasanya kadar upah simpan adalah seperti berikut:


CARTA TAHUNAN HARGA EMAS 2001-2008

Carta diatas menunjukkan kenaikan Harga Pasaran Emas Dunia dari tahun 2001 hingga 2008..... Daripada carta diatas kita dapat lihat bahawa harga emas pada penghujung tahun 2001 tidak akan rendah daripada harga pemulaan tahun 2001 dan juga untuk tahun2 seterusnya, dimana harga emas akan sentiasa naik dan naik. Oleh itu pelaburan emas merupakan satu pelaburan yg akan memberi pulangan yang tinggi kerana purat kenaikan setahun adalah melebihi 20% dan semakin lamer kita menyimpan emas semakin bernilai emas itu. Bagaimana kita menjan pendapatan dan keuntungan daripada emas yg  kita miliki akan memberi kelebihan kpd pemilik emas . Bagaimana kita menjana pendapatan daripada emas yg kita milik... Ingin tahu boleh hubungi saya.KHAIRULZAMAN... ditalian 019-7718153.... kepada yang berminat dan yg ingin mengetahuinyer.....