Sunday, September 19, 2010

Pakai Dinar Emas untuk Kurangkan Kos Kahwin

Perkahwinan adalah suatu ikatan yang teguh antara lelaki dengan perempuan melalui akad nikah yang sah untuk menjalani kehidupan berumahtangga sebagai suami dan isteri. Perkahwinan disyariatkan dalam Islam bertujuan untuk mengembangkan zuriat manusia melalui cara yang halal sebagai penyambung keturunan untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.
Firman Allah s.w.t:
“ Wahai manusia! Bertaqwalah kepada Tuhanmu yang menjadikan kamu daripada diri yang satu( Adam ). Dia ( Allah ) menjadikan daripada diri Adam dan isterinya dan mengembang biak daripada kedua-duanya ramai lelaki dan perempuan….”

Katakan anda mahu berkahwin pada 2015 dan kos kahwin pada masa tu RM 25,000 (termasuk hantaran,mas kahwin, persandingan,khemah & sebagainya). Sekiranya lebih/kurang, sila sesuaikan dengan bajet anda.
 
Harga dinar emas Public Dinar pada 23/08/2010
Harga emas sekarang(Ogos 2010)
1 dinar = RM 583
Dengan andaian kenaikan harga emas purata 27% setahun(Rujuk sejarah kenaikan harga emas di www.kitco.com)
Harga emas pada tahun 2015
1 dinar = RM 1370
Kos kahwin 2015/Harga emas 2015
RM 25,000/RM 1370
= 18.25 dinar ≈ 19 dinar
Kos untuk membeli 19 dinar sekarang (Ogos 2010)
19 dinar x RM 583
= RM 11,077
Wahh…menariknye…Dengan bermodalkan 19 dinar pada harga RM 11,077 sekarang(tahun 2010) boleh memberikan nilai 19 dinar RM 26,030 pada tahun 2015. Tetapi bilangan dinar emas tetap sama kan..Itulah maksud saya kos kahwin berkurang jika menggunakan dinar emas. Nak kumpul dinar emas ni terpulang mengikut gaya dan tahap kewangan masing-masing. Boleh beli dan kumpul sikit-sikit ataupun beli sekaligus. Senang cerita..Dah ade duit beli dan simpan je emas. Tunggu lama-lama pun tak guna juga kan…Kekekeke. Bila dah sampai masa nak kahwin tu, jual semula emas tu dan pakailah duit untuk kahwin ok…
Ermm..habis bab kos kahwin. Lepas tu…mesti anda tertanya-tanya dah ade dinar emas, macam mana nak tukarkan dalam bentuk wang kertas semula. Ohhh…itu senang sahaja. Anda boleh jual semula emas itu kepada saya sendiri ataupun ejen-ejen Public Gold lain di seluruh Malaysia ni ataupun kepada Public Gold sendiri ataupun mana-mana Kedai Emas. Selagi ianya EMAS..ia tetap akan bernilai. Kalau saya bankrupt macam mana pulak?? InsyaAllah…selagi saya berniaga emas dan berniaga dengan cara yang betul saya tak akan mengalami kesulitan di kemudian hari. Lagipun…di tangan anda itu EMAS. EMAS=DUIT. Boleh dijual dimana-mana walau ke benua Africa sekalipun. Hehehehe…

No comments:

Post a Comment